Tuesday, 21 October 2014

Alamak contraction jadi semula!

Dah dekat 2 pagi ni,mama dah mengantuk tapi tak dapat nak lena,guess what...contraction jadi semula.

Alahai,,ingatkan boleh bertahan sampai hujung minggu ni ke, sekarang fresh from the oven,tengah melayan contraction yang dah start dari jam 12 tadi. Nak pergi hospital tunggu dulu.. Kalau sampai subuh nanti contraction tak berhenti memang kena on call nenek dari Kuantan turun kl la nampaknya.

Baru je keluar wad Khamis, ni Isnin dah jadi balik,boleh tahan la kan dekat 5 hari dah rupanya contraction berjaya dihalang, itulah doktor ada pesan juga, lepas ni kalau nak jadi contraction semula memang tak boleh buat apa, sebab bagi mama yang history bersalin baby pramatang  matang,memang risiko nak dapat baby pramatang lagi memang tinggi.

Tambah jarak kelahiran rapat pula kali ni, arif baru setahun setengah dah nak dapat adik.

Tapi sekarang kandungan dah 34 wks lebih,mungkin kalau bersalin insya Allah baby boleh bernafas tanpa ventilator kot, lagipun dah kena cucuk dexa untuk matangkan paru-paru baby baru ni.

Ya Allah harap kalau bersalin dalam masa terdekat ni,harap baby tak ada masalah...risau juga memikirkan ni,tapi nak buat macam mana contraction ni bukannya boleh kita aturkan masanya. Sabar je la....

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.