Thursday, 23 October 2014

35 minggu masa selamat bersalin

Baru je discaj dari hospital serdang semalam, kali ni bermalam kat hospital serdang pula, huhu. Minggu lepas kat hospital kajang, bab kata en.asben, ha..lepas ni baby nak melawat hospital mana pula,hospital ampang pun boleh.

Baru cukup 35 minggu, so far doktor cakap boleh dah bersalin ni, tapi kalau tak bersalin lagi pun ok katanya sebab selagi tak cecah 37 minggu tetap dikira sebagai kelahiran pramatang. Doktor pun tak risau, sebab berat baby pun dah 2.4kg.

Alhamdulillah contraction makin lama makin kurang, check jalan pun memang tak ada sebarang bukaan, jadi boleh la balik umah, lega juga rasa sebab babypun memang tak sepatutnya keluar lagi sekarang.

Cuma masa dalam wad tu, tengok mama lain dok keluar masuk bawa baby baru,terdetik dalam hati bagus nya kalau dah bersalin, haha terlupa pula yang baby baru nak masuk 35 minggu masa tu, nenek pun dah sampai dari Kuantan standby kalau baby nak keluar dalam masa terdekat. Tak la risau sangat en .asben nak pergi kerja.

Kalau ikut rekod sebelumnya 35,36 minggu abang baby dah keluar, jadi kemungkinan untuk bersalin dalam masa hujung minggu ni memang tinggi, ada juga tanya doktor sebelum discaj semalam,doktor macam mana saya nak tentukan yang saya memang betul dah sampai masa nak bersalin, sebab dah dua kali warded, contraction macam anak-anak sebelum ni,tapi tak bersalin pun. (warded kali pertama tu memang doktor cuba tahan jangan bersalin kandungan baru 33 minggu nak masuk 34)

Masa bincang dengan doktor,  doktor cakap tengok jika jangkamasa contraction tu dalam 20 saat sakit, selang 10 minit. Mungkin memang dah sampai masa bersalin. Sebab mama jenis bersalin memang tak ada turun tanda darah atau air, tanda sakit atau baby kurang gerak je, pergi hospital biasanya dah ada bukaan 1cm atau 2 cm, tujuh ke lapan jam lepas tu memang selamat bersalin.

Doktor pesan juga kalau rasa baby dah nak keluar sangat,pergi je mana hospital yang terdekat. Sebab risiko terbesalin di rumah tinggi, pasal bukan kelahiran pertama. Proses kelahiran dijangka akan berlaku lebih cepat. Jadi mama kena bersedia dari sekarang, juz in case memang dah nak bersalin kena cepat ke hospital.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.