Sunday, 24 August 2014

Supplement masa Mengandung 'Qaseh Gold' dari Ana Edar



Kalau anda dah baca link mengenai hb low sebelum ni, mesti dapat sedikit gambaran kan kesan kalau kita ambil mudah masalah hb low masa mengandung. Sebab tu lepas dah alami sendiri, saya memang agak sensitif dan peka dengan keadaan darah semasa mengandung.

Sekarang dah nak masuk 7 bulan, setakat ni masalah yang sama memanglah tak dapat dielakkan, hb masih lagi bawah paras normal. Tapi yang agak menggembirakan, saya dah jumpa produk supplement atau makanan tambahan yang berjaya naikkan hb saya tanpa saya makan vitamin dari klinik.

Mula-mula memang saya tak berapa percaya boleh ke supplement ni naikkan hb atau tambah darah, sebab dulu saya pernah minum parti delima Gulsan untuk tambah. Ada kesan juga tapi agak lambat dan saya ambil dengan Iberet Folic Acid. Bila en. Asben bawa balik dari ofis dan saya cuba, pertama yang saya fikir, 'eh sedap pula rasa jus ni' rasa buah kurma.

Masa tu saya dah plan lepas habis sebotol bertahan lebih kurang sebulan tahu, saya akan check darah kat klinik. Jadi kalau hb naik saya cakap pada en. Asben, saya memang nak jadi pengedar Qaseh Gold ni. Percaya atau tak, keputusan memberangsangkan, anda tengok je testimonial yang saya dah buat. Report darah tu report darah saya sendiri. Memang ada bukti produk ni memang selamat dan berkesan.

Oh ya, untuk pengetahuan anda, saya ni sangat lah cerewet bab makanan tambahan atau supplement yang ada kat pasaran sekarang. Jadi saya memang tak akan ambil supplement sembarangan, sebab untuk pengetahuan anda, silap ambil makanan tambahan, hati kita boleh rosak, bahaya tu. Dari nak jadi sihat, langsung dapat penyakit.

Sebab itu, kita kena hati-hati masa memilih supplement, terutama masa mengandung ni, kesan pada baby lagi kita nak kena fikir. Apapun bagi mama atau sesiapa yang ada masalah hb low atau kurang darah ni, anda boleh cuba produk qaseh gold ni, boleh order dengan saya, confirm produk ori bukan tiruan.




No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.