Sunday, 17 August 2014

Mama sakit 'pulut'

Terkesima sekejap bila ali cakap " mama sakit pulut!", ha...sakit pulut?  ha ah sakit pulut...mana datang pulut pula dalam rumah ni.

Hahaha fikir punya fikir,ohh...sakit perut rupanya, perut jadi pulut. Aduhai anak, abang masih cakap pelat, yang adiknya Arif dah makin fasih bercakap, baru je keluar perkataan baru, 'ikat' getah yang ada pada jarinya, umur baru setahun 3 bulan.

Sebenarnya susah hati juga bila fikir Ali masih pelat bila bercakap. Bukan apa bulan 11 ni genap umurnya 4 tahun. Biasanya budak 4 tahun dah fasih bercakap.

 Masalah ali pula cakap kurang fasih, tapi faham arahan. Yang paling konfius kalau ada arahan bahasa Melayu yang dia tak faham cakap dalam bahasa Inggeris boleh pula dia faham.

Saya dan en.asben ada juga berbincang, kita orang sepakat fikir Ali dah alami kekeliruan bahasa, perkataan Bm dan bi sama banyak dalam penggunaan harian dia. 

Puncanya YouTube...Huhu, dari kecil hobi dia tengok a,b,c, Barney di YouTube, sudahnya banyak perkataan masuk dalam kepala, tapi mama di rumah bercakap guna Bm, lama-lama jadi kekeliruan bahasa.

Macam mana nak ubah? Saya masih berfikir, tengok perkembangan bahasanya sampai tahun depan, kalau tak ada kemajuan kena bawa jumpa doktor juga. Bimbang ada masalah lain pula jadi punca.

Bagi menenangkan hati ada yang cakap biasalah budak-budak perkembangan berbeza antara satu sama lain. Tapi itulah sebagai ibu, bila anak kita lain sikit pada yang lain mula berfikir macam-macam, apapun ali mama doakan cepat fasih bercakap macam kanak-kanak lain. Insya Allah, amin...

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.