Wednesday, 13 August 2014

Menghadapi Kelahiran Tanpa Dirancang

Bagi mama yang rasa terbeban kerana mengandung dalam jarak yang rapat, teruskan membaca tips ini dalam membantu diri menghadapi fasa mengandung dalam keadaan yang positif.

Seperti entri sebelum ini, tips pertama;

1. Redha, dalam erti kata lain kita menerima kandungan dengan lapang hati walaupun dalam keadaan belum bersedia.

2. Latih minda berfikiran positif/kekuatan mental

Dalam keadaan yang tidak bersedia dengan apa jua alasan anak masih kecil, kewangan belum stabil,badan masih belum kuat atau apa sahaja,  latih minda anda untuk berfikiran positif bahawa kandungan baru itu satu rahmat,satu rezeki,satu anugerah atau cipta satu alasan yang membuatkan anda berasa gembira dengan bakal kehadiran orang baru.

3. Jaga kesihatan

Jagalah kesihatan anda seperti mana anda menjaga kesihatan ketika menghadapi kandungan anak-anak sebelumnya, jangan ambil mudah dengan alasan anak masih kecil jadi hanya tumpukan perhatian kepada anak yang masih kecil hingga terlupa menjaga kandungan.

Pergi rutin rawatan mengandung seperti biasa walaupun terpaksa berdepan dengan kerenah jururawat yang mungkin tidak menyokong kelahiran rapat.

4. Mohon bantuan suami atau ahli keluarga dalam menguruskan rumah tangga.

Dalam keadaan mengandung dan perlu menguruskan anak masih kecil bantuan suami atau ahli keluarga yang lain sangat membantu meringankan beban ibu mengandung. Umum mengetahui ibu yang mengandung mempunyai kudrat yang terhad, beban semakin bertambah dengan urusan anak kecil pula.

Bantuan dan sokongan suami atau ahli keluarga dapat meringankan beban ibu mengandung supaya kesihatan boleh dijaga dengan lebih baik. Bagi mereka yang berkemampuan mengupah pembantu rumah sementara juga boleh diusahakan, jika mendapat pembantu rumah harian juga sudah memadai.

5. Jaga solat dan baca AlQuran

Apa jua beban yang ditanggung, sebaik-baiknya tempat pengaduan adalah pada maha pencipta.  Solat awal waktu dan bacalah AlQuran dengan mengetahui terjemahan nya sangat membantu mengurangkan tekanan kesakitan ataupun keletihan. Sentiasa berdoa semoga segala urusan dipermudahkan olehNya.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.