Sunday, 24 August 2014

HB Low masa Mengandung

Bagi mama yang mengandung dan check up di klinik mesti tahu kan masalah hb low atau kurang darah semasa mengandung. Kadang-kadang yang tak pernah kena hb low sebelum ni, tiba-tiba mengandung kali ni terkena pula. Sudahnya pening nak dengar nurse berceramah pasal makanan yang perlu di makan untuk tambah darah.

HB low bermaksud tahap hemoglobin(HB) rendah(Low), bila hemoglobin berada bawah paras normal iaitu kurang dari 12.0 bagi ibu mengandung, ibu dan bayi berisiko 'kematian'. Bunyi macam ngeri je bila dengar pasal kematian.

Bukan apa kalau tak cerita direct nanti ibu-ibu mengandung ambil mudah pula bila menghadapi hb low. Sebenarnya saya bercerita dari pengalaman, pada mama yang selalu kena bebel dengan nurse sebab hb masih tak naik-naik, jangan marah nurse pula, memang dah kerja diaorang bagi nasihat ye tak.

Saya pun pernah kena sound dengan nurse kalau hb tak naik, siap nak suruh pergi tambah darah dengan cucuk ubat di punggung. Mula-mula 'hangen' la juga, nurse ni suka hati je nak sound kita macam tu, dahlah tengah prenen ni, tak memahami langsung, bukan kita tak makan makanan untuk tambah darah, macam-macam makan bapa kerang, anak kerang, bayam segala, vitaman yang klinik bagi, hb tetaplah macam tu, naikpun macam siput, hehe. Memang tak berjaya melepasi paras normal.

Pernah sebab lepas buat semua ujian darah, keputusan semua normal, maksudnya tak ada penyakit yang jadi punca kepada kurang darah seperi Tallassemia, Anemia kronik, dan lain-lain, 'last-last' doktor suruh pergi dengan kaunseling dietician permakanan kat HKL. Memang tak pergi lah mendengar ceramah pemakanan sebab dah pernah pergi kat hukm.

Masa mula-mula tahu yang saya ni penghidap hb low tegar, sebab masa bujang dulupun pernah kena 'reject' masa nak derma darah dalam kampus, nurse cakap kurang zat besi. Saya tak ambil berat sangatpun, masih menjalani kehidupan seperti biasa. Sampai lah masa dah berkahwin dan mengandungkan Ali masalah yang sama, tapi masih ambil mudah, makan vitamin dan makan makanan biasa untuk tambah darah, tapi tak risaupun walaupun hb tak naik.

Nah, bila Ali lahir pra matang. 35 minggu, kira-kira 8 bulan lebih, baru saya nampak kesannya, nasib masa lahir tak hadapi apa-apa komplikasi, tumpah darah ke, Ali pun nasib baik juga keluar sihat cuma berat nya kuranglah hanya 2.37 kg bawah paras normal. Lepas pada tu baru terfikir, adakah sebab ambil mudah dengan keadaan hb yang asyik low baby keluar awal?

KLIK - Makanan Tambahan untuk naikkan HB Low



No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.