Tuesday, 12 August 2014

Skiatika semasa mengandung


Baru je balik dari fisioterapi di hospital serdang, sakit apa la pula kali ni, nasib ibu mengandung biasalah nak sampai bersalin ada je  dugaan yang ditanggung.

Seperti tajuk entri kali ni, ha itulah dia penyakit yang mama buyung sedang hadapi sekarang. Skiatika atau kata mudahnya saraf tunjang atau skiatik bahagian belakang.

Sebenarnya sakit belakang bagi ibu mengandung memang perkara biasa, tapi boleh jadi luar biasa kalau sakit semakin serius sampai kita tak boleh berjalan. Dalam kes ni hampir seminggu mama buyung ni tak dapat berjalan dengan sempurna sebab sakit yang amat sangat bahagian bawah belakang hingga ke tapak kaki.

Masa di kampung haritu sempat juga berurut dengan mak bidan, alhamdulillah lega sikit, tahan 2, 3 hari sakit datang balik sampai en.asben terpaksa bekerja dari rumah seminggu sebab tak ada siapa yang boleh jaga si arif.

Dari pembacaan simptom skiatika ni,

1. Sakit yang bermula dari punggung hingga ke kaki

2. Kebiasaannya sebelah/sebahagian sahaja kesakitan, cthnya sakit sebelah kiri sahaja, sebelah kanan tak sakit.

3. Sakit yang kadang-kadang menyerang tiba-tiba

4. Sakit yang menyukarkan pergerakan, cthnya dari keadaan baring nak bangun, dari terlentang nak mengiring, atau dari berdiri nak duduk.

Punca, masalah saraf tulang Belakang, slip disk, kemalangan, apapun punca sakit cuma boleh disahkan dengan ujian Mri, atau x Ray. Untuk ibu mengandung memang tak boleh x Ray, cuma boleh buat mri, tapi itu pun doktor tak galakkan, sebolehnya  segala ujian lebih baik dibuat lepas bersalin.

Cadangan penyelesaian untuk kes skiatika masa mengandung, memang tak ada ubat spesifik. Untuk tahan sakit doktor cuma bagi paracetamol/panadol, dan ubat sapu panas untuk kurangkan sakit.

Dari pengalaman, berehat selama seminggu tanpa buat kerja rumah dan jaga anak memang membantu mengurangkan kesakitan.  Elakkan buat kerja berat. Kerjasama suami memang sangat diperlukan untuk mengurangkan beban kesakitan.

Bagi ibu mengandung, fisioterapi adalah salah satu cara rawatan sementara yang boleh dibuat untuk mengurangkan kesakitan. Selain tu boleh juga pergi ke pusat urutan kiropraktik  atau akupunktur yang bertauliah untuk dapatkan rawatan. 

Apa akan terjadi kalau tak rawat atau biar sahaja, sakit boleh jadi lagi teruk, hingga akan bagi kesan masa bersalin,mungkin tak dapat bersalin secara normal akibat dari otot yang lemah dan kesakitan melampau.

Jadi jangan pandang ringan mengenai sakit belakang, dapat kan rawatan dari doktor segera jika kesakitan makin tidak terkawal.

Fisioterapi sessi pertama klik sini

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.