Tuesday, 1 April 2014

Semakin lama semakin jelas...

Baru saja membelek fb,, zaman teknologi canggih sekarang segalanya hujung jari,info boleh dapat umpama sekelip mata...benar atau tidak suatu berita yang disampaikan bergantung pada ketepatan fakta yang kita terima.

Seperti mana yang berada  difikiran sekarang, menulis blog hanya guna handphone, sambil baring santai atas tilam empuk... Alhamdulillah nikmatnya, di ketika mama lain terpaksa berperah otak di ofis atau berhujan panas berniaga mencari rezeki, diri ini berpeluang berehat sementara,, ya sementara.... Sebab ada berbelas kerja rumah  yang menanti untuk disiapkan.

Sebenarnya bukan isu kerja yang membuatkan diri terfikir untuk menulis kali ini,tak ada masa nak On pc,,dari henfon pun jadilah... Kembali kepada kisah fb,,bila membaca keadaan negara Timur Tengah yang sedang bergolak,,Syria, Mesir... Negara yang telah melahirkan jutaan ilmuwan islam... Sekarang bermandi darah... Perang,, pemberontakan... Kenapa semua ini boleh berlaku?

Tulisan ini bukan fakta,cuma luahan perasaan seorang ibu yang bertugas menjaga keluarga, bukan negara. Banyak spekulasi yang tercipta mengenai pergolakan  negara Timur Tengah. Namun antara spekulasi yang tidak pernah dilupakan,bahawa kaum kufar tak akan pernah berhenti untuk cuba menjatuhkan islam. Teori penghapusan kebangkitan islam melalui kaedah serangan mental telah didengar sejak zaman bermain jengket-jengket bersama teman Sebaya. Sangat lama.... Semakin lama semakin nampak, andai kata dulu kaedah membantutkan kebangkitan islam secara serangan mental, sekarang seolah -olah fasa tersebut sudah 'berjaya'.

kita seperti kembali semula ke era zaman nabi dan para anbiya, islam diserang terang-terangan. Allah ya rabb, tiap kali melihat gambar mangsa perang,hati ini sakit... Hati sakit kerana tak ada apa yang mampu dilakukan bagi pihak diri yang juga seperti mereka bersaksikan syahadah yang sama.

Semakin lama semakin jelas.... Islam yang dikasihi ini sememangnya ditentang... Adakah ini hanya paranoid dari kisah yang telah banyak diceritakan dalam al Quran,, bahawa kaum kufar dan munafik tak akan pernah berhenti untuk menghapuskan islam di akhir zaman Muhammad s.a.w, adakah ini perasaan syok sendiri yang mengatakan golongan muslimin ini akan terus menjadi mangsa penindasan.... Sudahnya bagi minda yang mempertikaikan kesahihan peringatan -peringatan yang telah Allah katakan melalui al Quran, mampukah kita menyangkal ayat

"Orang -orang munafik lelaki dan orang -orang munafik perempuan, setengahnya serupa dengan yang lain. Mereka menyuruh yang mungkar dan melarang melakukan makruf (kebaikan) , mereka menggenggam tangannya  (bakhil) . Mereka melupakan Allah lalu Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang munafik itu ialah orang yang fasiq" -At taubah : 64

Bagi sekadar pemikiran seorang ibu, yang paling membahayakan agama kita bukan kaum kufar yang jelas,  tapi golongan munafik yang sekarang sedang bebas menindas saudara seagama sendiri. Para ibu bapa sedar atau tidak dalam kita membentuk keluarga di akhir zaman cabaran paling besar adalah memastikan anak-anak kita tidak tergolong dalam golongan munafik.

Bukan mudah untuk mendidik generasi informasi di hujung jari, jika kita tidak mampu mengawal pengaruh-pengaruh duniawi yang merosakkan akidah. Tidak mustahil jika darah daging kita yang mungkin menjadi duri.... Ada sendu disudut hati... Bagaimana pula nasib anak-anak kita ... Bagaimana nasib orang -orang yang kita kasihi.. Dan bagaimana juga nasib diri ini... Hanya Allah tempat berlindung,, lindungi lah diri,,  cucu cicit keturunanku dari terjebak menjadi golongan munafik yang hina.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.