Thursday, 3 April 2014

Fikir-fikir semasa sarapan

Baru sahaja menghabiskan semangkuk cekodok ikan bilis. Hari ni bersarapan lewat. Mulanya terfikir nak bawa si debab arif makan roti telur kat mamak. Tapi si peneman tidur semula lepas hantar abang ali ke pasti, pagi tadi.

Cancel, perut dah lapar bancuh tepung, siaplah cekodok ikan bilis. 

Masa makan sorang -sorang, berteman secawan teh tarik, minda berfikir....  kerja rumah yang perlu disiapkan. Kain baju masih dalam mesin,  pinggan cuma ada 3,5 biji nak cuci. Lantai belum bersapu....kucing tak tahu apa cerita kat porch.

Terfikir terdetik dalam hati.... Aku tugas cuma seorang 'mama' yang bertugas mentadbir keluarga, bersihkan rumah,, Anak -Anak,, memasak... Kadang kala rasa tak mampu buat dengan sempurna. 

Berfikir  bagaimana seorang pemimpin menunaikan tugasan mereka....terbayang  wajah tuan guru Nik Aziz pernah mengalirkan air mata, ketika bertugas. Pernah melihat gambar Datuk Seri Najib sugul berdepan masalah negara. Terfikir lagi bagaimana mereka ini dapat menunaikan tugasan masing-masing dalam keadaan dikelilingi jutaan insan yang memerlukan perhatian.  Iaitu rakyat.

Jika mentadbir satu keluarga sudah merasakan beratnya tanggungjawab.  Bayangkan jika kita diberi lebih banyak tugasan yang perlu diselesaikan.  Jika kita gagal mentadbir keluarga, bayangkan kegagalan kita mentadbir selain daripadanya.

Insaf... Harapan semoga ada peluang untuk diri ini menunaikan tanggungjawab kepada mereka yang berhak dengan sebaik-baiknya, semoga dipertimbangan Allah azzawajalla nanti, mendapat keputusan yang baik di sana bagi menerusi kehidupan yang abadi.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.