Thursday, 6 February 2014

Selamat Tahun Baru....

Sempena tahun mood baru cina ni, saya ambil kesempatan ucapkan selamat tahun baru 2014, wow dah masuk bulan Febuari baru nak ucap. Itulah saya yang selalu lambat dalam kehidupan ini, lambat macam siput...

Pada anda yang selalu membaca mesti perasan lama dah tak ada entry baru yang saya tulis, betul tak? Last hari tu entri yang ditulis kisah balik balik kampung naik keretapi. Itupun entri guna henfon je. Banyak sebenarnya cerita yang saya nak kongsi dengan semua, tapi macam biasalah tag line baru,,,'lambat macam siput...eheh siput pulak yang kena ya.

Ok, bagaimana ya permulaan tahun baru anda semua, ada manis ada pahit? Saya...macam ini la, Alhamdulillah wujud lagi atas muka bumi Allah ni. Alhamdulillah masih bernafas.

Azam tahun baru, masih tetap sama setiap tahun...apa? hehe apa lagi kalau bukan nak menyelesaikan urusan tahun-tahun lepas yang tak kesampaian. Hua..nampak sangat graf hidup macam malar gitu kan, yalah...dari tak ada langsung azam atau tekad dalam hidup, baiklah ada sikit dari tak ada langsung.

Baru bercahaya sikit harapan hidup, baru bermaya sikit jiwa dan perasaan....hmm, sebenarnya tak tahu nak tulis apa, walaupun banyak info yang sepatutnya saya kongsi dengan anda yang setia.

Ini akibat terbangun tidolah ni... terkejut dengan grill pintu rumah jiran sebelah terus terjaga tak boleh tido semula. Ehehe dah boleh dengar pintu rumah sebelah? Ahkak dah pindah rumah dik,,dulu duduk apartmen sekarang dah duduk rumah bertanah...apa lagi makin tak lena lah tido setiap hari. 

Dengan nyamuk yang dua-tiga hari makin banyak ni,,lagi tak lena tido....kesian baby pun habis kena gigit nyamuk. Hmm risau Denggi je....minta jauhkanlah ya Allah.

Wah dah hampit pukul 4 pagi...dah 2 jam berjaga...lapar pula, terpaksalah mencari makanan kat dapur. Berhenti dulu di sini, insya Allah ada rezeki, ada entri lagi akan datang...doakanlah ye..Salam...

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.