Wednesday, 26 February 2014

5 Tip Elak Menjerit Pada Anak Degil

Ramai ibu bapa terpaksa menjerit untuk menarik perhatian anak-anak yang degil. Semakin anda menjerit, semakin kurang perhatian yang diberi oleh anak-anak. Ikuti lima teknik mudah anak mendengar kata tanpa perlu meninggikan suara.

Bagi amaran. Anak-anak lebih takut apabila anda memberi amaran kerana mereka takut mereka tidak dapat apa yang mereka mahu. Sebagai contoh, selagi anak anda tidak mengemas barang-barang permainan, selagi itu mereka tidak boleh bermain di bermain basikal di taman.

Sentiasa bertenang. Hati ibu bapa mana yang tidak 'panas' apabila melihat makanan bersepah di ruang tamu gara-gara sikap anak yang gemar makan di depan tv. Teknik terbaik sebelum anda mahu menjerit adalah dengan bertenang sambil melihat anak-anak yang kian membesar dan semestinya sikap mereka hanya boleh dilihat ketika mereka masih kecil.
Ingat peranan anda. Apabila anda memilih untuk menjerit pada anak anda, sebenarnya anda telah merendahkan peranan anda sebagai ibu. Anda tidak boleh menuntut penghormatan daripada anak anda dengan menjerit sebaliknya anda perlu ingat peranan anda sebagai ibu adalah menunjukkan moral yang baik. Bercakap perlahan dan kawal dengan tenang menunjukkan anda ibu yang bijak.

Jadi lebih rapat. Anda menjerit dari tingkat atas atau dari dapur, namun anak-anak tetap mengabaikan anda. Ramai ibu bapa bertindak demikian kerana sudah memanggil anak-anak banyak kali tapi tidak didengari. Cara terbaik adalah pergi ke arah anak, tarik perhatiannya, lakukan 'eye contact' dan bercakap perlahan dengannya.

Bayangkan anda mempunyai tetamu. Kawal kemarahan dan rasa mahu menjerit dengan membayangkan jeritan anda mungkin akan didengari oleh jiran atau tetamu di dalam rumah anda. Membayangkan anda mempunyai tetamu membuatkan anda menolak untuk menjerit kerana memalukan anda sekeluarga.

Ada ibu bapa memang terpaksa memanggil anak berulang kali sambil menjerit kerana sikap anak yang sukar memberi kerjasama apabila dipanggil. Menjerit bukanlah jalan penyelesaian kerana sikap anda akan dijadikan contoh buat mereka kelak sama ada bersama adik-beradik atau rakan-rakan di sekolah. Jika anda tidak mahu anak-anak anda menjerit sesama sendiri, anda sendiri perlu datang dan bercakap perlahan di depan mereka.


Sumber: Cari forum






No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.