Tuesday, 3 December 2013

Sebaik-baik perancang itu adalah Allah S.W.T

Terima kasih pada pembaca yang sudi ikut blog ni. Alhamdulillah,alhamdulillah banyak betul urusan rumahtangga yang saya dan En. asben nak kena selesaikan sebelum masuk tahun baru 2014.

Walaupun lebih kurang lagi sebulan kita nak menjejak ke tahun baru, sebagai ibu bapa memang sibuk kita memikirkan persiapan untuk anak-anak nak nak naik kelas bagi tahun baru kan.

Saya percaya mesti ada sesetengah 'parents' yang dah siap beli semua kelengkapan sekolah anak. Bagi ibubapa yang ada anak yang baru nak sekolah masuk darjah satu, mesti 'excited' nak tengok anak sulong yang bakal bersekolah.

Bagi ibubapa yang dah ramai anak bersekolah, dah tak risau tentang reaksi anak yang bakal masuk sekolah, cuma mungkin hadapi dilema membuat budget kelengkapan sekolah anak yang 'pasti' meningkat naik tahun ni.

Bagi saya pula, tahun depan si kakak dah nak masuk darjah tiga, si Ali pula nak masuk 4 tahun, si Arif debab kecik lagi, sekolah dengan mama aje lah hehe.

Sebagai ibubapa, kita mesti nak kan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak bukan? Begitu juga kami, harapan saya dan En. asben nak kan setiap anak-anak mendapat pendidikan Al-Quran seawal mungkin.

Jadi bermula dengan kakak, kami sanggup hantar bersekolah di Sek Ren Islam Integrasi yang jaraknya lebih kurang 8 km dari rumah dan menangung yuran bulanan. Dua tahun berulang alik ambil dan hantar kakak ke sekolah, sampai saat saya dan En. asben dah mula penat nak berulang alik ke sekolah. Jalan yang semakin jem, petrol pula makin mahal dan masa yang terhad.

Dari awal tahun lepas saya dan En. asben berusaha cari rumah sewa yang dekat sekolah si  kakak untuk memudahkan urusan kami. Tapi itulah rumah yang dicari tak dapat sampai sudah. Ada yang kosong,,bila pergi tengok sampai-sampai saja dah ada orang lain yang booking dulu.

Si kakak pula mengikut sahaja apa keputusan saya dan En. asben. Walaupun dari katanya dia masih sayangkan sekolah lamanya. Yalah kalau kita pun sayang sekolah yang diduduki bertahun-tahun. 

Disitu ada seribu macam kenangan pahit manis dia sebagai murid, selama dua tahun, bagaimana hari pertama dia menjejaki kaki ke darjah satu. Memori bersama kawan-kawan kelas dan ustaz-ustazah yang selalu disebut-sebutnya. Ohya, sekolah islam integrasi ini ada program tahfiz sekali.

Berat hati juga kami nak tukar sekolah nya, tapi memang dah tak ada pilihan, kami ceritakan pada kakak, yuran sekolah dah naik, rumah kita jauh, kita dah tak mampu nak tanggung kos sekolah. Kakak cuma boleh sekolah disana lagi, jika kita dapat sewa rumah yang dekat dengan sekolah je.

Tapi dia sendiri tahu yang kami dah usaha cari rumah sewa dari awal tahun lepas, memang tak dapat. Ada yang kosong tapi sewanya mahal, diluar kemampuan kami pula. Jadi bermula lah episod saya terpaksa menguruskan hal pertukaran sekolah dari swasta ke sekolah kerajaan.

Pergi ke sekolah lama, pergi ke sekolah baru, pergi ke jabatan pendidikan wilayah di jalan duta. Wah memang sibuk dengan dua hero yang terpaksa diangkut sekali. 

Sementara tunggu guru besar sekolah lama nak sain borang tukar sekolah, kami cuba lagi sekali cari rumah sewa jika ada. Cakap pada kakak, kita cuba last ni, kalau ada, adalah rezeki kakak sekolah sini. Saya siap cakap pada kerani sekolah, kalau kami dapat rumah sewa memang saya 'cancel' urusan tukar sekolah ni.

Sebelum pergi mencari, sempat kami solat di masjid berdekatan, kakak tanya saya, mama nak doa apa nanti lepas sembahyang. Saya cakap doa yang macam mama biasa doa la...dia tanya, mama tak nak doa ke supaya kita dapat rumah kat sini. saya cuma senyum, saya cakap pada dia, kakak doalah pada Allah.

Siap solat kami bertolak mencari rumah yang dimaksudkan, kebetulan kami dah dapat maklumat mengenai rumah kosong yang berdekatan masa makan di kedai, dua orang pakcik yang baik hati cakap, pergi rumah sekian-sekian sebab dengarnya rumah tu memang nak disewakan.

Kami pergi, dan alhamdulillah memang ada notis untuk disewa. kami cuba call owner, malangnya tak berjawab. Kami jangkakan owner tentu sedang kerja dan susah nak jawab call. Jadi saya kata jom kita balik dululah, ambil borang yang dah siap di sain di sekolah lama dan kami gerak balik. 

Malamnya, En. asben cuba call lagi owner, alhamdulillah owner angkat, bila En. asben cakap berminat nak menyewa, owner 'offer' tengok rumah. Malam tu juga kami pergi tengok, memandangkan siangnya kami dah bersemangat nak tengok.

Setelah urusan selesai, percaya atau tidak, rezeki kami, rumah tersebut owner setuju bagi kami untuk menyewa. Yang paling gembira tentulah kakak sebab akhirnya hajat  nak terus bersekolah di sekolah lama dah tercapai dan hajat nak bela kucingpun insya Allah akan tertunai.

Masa balik dari booking rumah, si kakak cakap, nanti kakak nak sembahyang betul-betulah, aikk...saya cakap kenapa sebelum ni tak sembahyang betul-betul ke? Ha ah sebelum ni ada je kakak sembahyang tak baca,,lorr...dalam hati anak,anak....hantar ke sekolah tahfiz pun solat masih belum sempurna.

Saya tanya kakak, kenapa pula tiba-tiba terfikir macam ni, dia kata dia baru nampak bila kita menjaga solat, insya Allah cepat dan lambat apa yang kita hajati pasti Allah s.w.t akan tunaikan. Bagi mengimbangi tanggapan si kakak, saya dan en. Asben cakap, tapi tak semestinya apa yang kita minta semuanya Allah tunaikan, sebab hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu 'apa' yang terbaik dalam hidup kita.

Mungkin kita rasa apa yang kita mahu dan suka adalah yang terbaik dalam hidup, tapi hakikatnya Allah s.w.t tak tunaikan sebab jika kita dapat, akan membebankan hidup kita masa depan. Oleh itu kita hanya boleh merancang di dalam kehidupan ini, sebab tu sebaik-baik perancang itu adalah Allah s.w.t.

Kakak cuma mengangguk angguk kepala, saya harap dia faham, bahawa keinginan hajat didalam kehidupan kita di dunia ini ditentukan 100% dari Allah. Kita memang boleh berusaha, sekuat mana sedaya mana,,namun pengakhiran hidup ini Allah yang akan tentukan juga. Lihat saja tentang hakikat 'ajal'...

Ada yang berkata kenapa nak bersusah payah memberi pendidikan Al-Quran pada anak-anak, bersusah payah keluarkan belanja lebih. Alah sekolah tahfiz pun belum tentu jadi baik ye tak...Ya betul,, betul sangat betul...kerana pendidikan anak yang utama bukan di sekolah tetapi dari Rumah.

Sekolah hanyalah sokongan kepada ibubapa dalam mendidik dan mencorak budi pekerti anak. Bagi saya dan En. asben, keputusan kami memilih untuk memberi pendidikan berasaskan Al-Quran kepada anak-anak, sebab kami sedar, kami masih banyak kekurangan ilmu al-Quran dan kami masih terlalu lemah untuk membentuk anak-anak supaya menjadi seorang ahli syurga kelak.

Jadi kami amat memerlukan bantuan dari sekolah yang menyediakan 'tapak' didikan berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Memang yang pastinya, bebanan kewangan pasti belum mampu berkurangan, malah akan bertambah. Namun kami memegang prinsip, inilah pengorbanan kami sebagai ibu bapa dalam memberi pendidikan kepada anak-anak.

Ini usaha kami beriringan tawakal kami kepada Allah s.w.t, tiada janji bahawa dengan menghantar anak-anak kami ke sekolah tahfiz akan menjadikan mereka 100% anak soleh-solehah. Namun kami percaya pada janji-janji Allah s.w.t,

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala 
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan 
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan 
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- 
daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu 
berjaya (mencapai kemenangan). " 

-Surah Al-Imran ayat 200 

Ya sangat sukar, hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui susahnya kami dalam mengawal kewangan pada waktu zamana harga barang semua naik ni. Banyak pengorbanan yang kami terpaksa buat.

Terpaksa mengorbankan keutamaan material, keinginan diri, malah sampai terpaksa menangguhkan hutang piutang buat sementara waktu demi memberi laluan kepada keutamaan pendidikan anak-anak. Andai tiada kesabaran untuk menunaikan setiap amanah dan tanggungjawab ini memang kami akan mengalah pada keadaan.

Hasrat kami, sampai satu titik masa, kami akan bebas dari semua hutang piutang, dapat membalas jasa ibu bapa yang membesarkan kami dan telah menunaikan tanggung jawab kami dengan lebih baik.

"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"
 "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"

Andai doa dan usaha kami sekarang tidak Allah perkenankan di masa hadapan, kami tetap percaya, bahawa Allah telah merancang yang terbaik dalam kehidupan kami, setiap hamba-hambaNya pasti di uji.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. 

Surah At-Taubah ayat 111 

Tiada apa jaminan yang kami boleh sematkan di dalam jiwa ini, melainkan bahawa 'dunia' adalah kehidupan yang sementara, dan akhirat itu yang kekal abadi.

Kami tak mengharapkan anak kami membalas jasa kami dengan dengan material semata-mata, apa yang kami harapkan semoga anak-anak didikan kami ini dapat mendoakan 'kesejahteraan' kami di dalam kubur dan akhirat kelak.

Kerana janji Allah, hanya doa anak yang soleh dan solehah yang diterima Allah, doa anak yang soleh dan solehan yang akan di sampaikan Allah kepada kami ketika didalam kubur kelak.

Jadi kami berusaha untuk tidak melepaskan peluang mendidik mereka untuk menjadi anak yang soleh dan solehah sementara mereka masih kecil, dan menganggap kamilah kawan terbaik di dalam kehidupan mereka.

Jika peluang yang ada ini kami lepaskan sekarang, apalah daya kami lagi untuk mengharapkan mereka ketika mereka telah bebas menentukan jalan hidup mereka sendiri.

Masyarakat kita juga percaya, 'melentur buluh, biarlah dari rebung'

Semoga ketenangan milik kita ketika hidup di usia tua, ketika hidup di perhentian barzakh dan ketika hidup di akhirat kelak. Amin Ya Allah.




Surah Ibrahim ayat  40:

Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Amin ya Rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.