Saturday, 7 December 2013

Pusat Kumpul Barang Bantuan Banjir Pantai Timur di KL dan Selangor

Salam semua pembaca, kita sedia maklum ada antara saudara-saudara kita yang sedang kesusahan ditimpa bencana banjir di pantai timur. Mungkin antara kita fikir bencana kali ini baiasa-biasa sahaja macam tahun-tahun sebelum ini.

Tapi bagi mereka yang mengalami dan mengikuti perkembangan banjir tersebut, banjir kali ini bukan biasa-biasa, nampaknya luar biasa dari sebelumnya. Bandar Kuantan 50% tenggelam...bayangkanlah.

Oleh kerana mangsa banjir begitu ramai dan persediaan pula tidak dapat menampung jumlah mangsa, keadaan pusat bantuan memang agak menyedihkan. Berbagai peristiwa berlaku di mana bekalan makanan yang tak mencukupi, air bersih, selimut, alas tidur,uabat-ubatan dan sebagainya.

Tak perlu disenaraikan di sini, kerana lebih baik kita menumpukan kepada usaha dan cara memastikan bagaimana semua mangsa ini dapat di bantu secepat mungkin.

Pada anda yang berada di sekita Selangor dan KL, anda boleh pergi ke pusat-pusat pengumpulan barang bantuan yang ada. Barang-barang yang sangat diperlukan mangsa banjir adalah seperti di bawah

1. Pakaian terpakai
2. Pampers
3. Susu tepung
4. Berus gigi
5. Ubat gigi
6. Sabun mandi
7. Tuala wanita/pad
8. Beras
9. Minyak masak
10. Air mineral
11. Teh
12. Sabun basuh baju
13. Berus lantai
14. Penyapu
15. Selimut
16. Tuala
17. Sejadah
18. Telekong
19. Hos paip
20. Mop
21. Water squeeze (tarik air)


Pusat kumpul barang yang anda boleh pergi seperti di bawah,,

1) 21 jalan pria taman maluri. 
Kuala Lumpur.
Berhadapan Masjid Assyafie Taman Maluri.

0122428942 shidi
0142398247 umar
01116467711 adam


info dari FB https://www.facebook.com/rashidi.razak.5

2)


3) 


4) Skuad Banjir Era

 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152308940412345&l=85c34775cf

http://inagist.com/all/409203126869061632/


Saya  pun dapat info ini dari carian gugel, sesiapa yang ada info pusat lain yang sah tak kira lah di KL ke seluruh Malaysia sila share ya, kita hebah-hebahkan semoga lebih ramai yang akan sumbangkan bantuan, Boleh share di komen.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.