Monday, 25 November 2013

Usaha Rawatan Arif 4 ~ Ujian Mata di Klinik Oftalmologi HUKM


Bulan september yang lepas saya dan suami bawa Arif untuk 'test' mata berkaitan kes Arif yang diserang sawan masa umur 56 hari. Doktor pakar nak kami buat semua test untuk kenal pasti punca sebenar kenapa Arif kena sawan.

Setakat ni Alhamdulillah Arif dah tak kena sawan, kiranya hampir 5 bulan keadaan Arif stabil dan membesar bagai johan, hampir 10 kg dalam usia nak masuk 7 bulan ni, lenguh tangan nak mendukungnya. 

Nyenyak tido tunggu giliran

Hasil dari pemeriksaan pakar mata, keputusannya normal, tak ada masalah mengenai mata juling atau sebagainya. Lega sangat bila tahu mata Arif sihat.

Alhamdulillah boleh dikatakan dari semua analisis yang di buat secara tak rasminya normal. Minggu depan temujanji dengan pakar, rasa tak sabar nak tahu apa masalah sebenar yang buat Arif kena sawan dulu. Harapan semoga tak ada masalah lain yang timbul. Ya Allah permudahkanlah urusanku.

Hmmm...ada yang bertanya kenapa mama masih tak keluar kerja lagi,,inilah antara jawapannya, usaha rawatan belum selesai. Insya Allah jika semua persoalan selesai,bekerja semula memang ada dalam pertimbangan.

Mohon bersabar bagi sesiapa yang terkesan atas kesusahan ini, bukan tak mahu memudahkan urusan tapi kita hanya mampu merancang, namun Allah jugalah sebaik-baik perancang. Mesti positif dan sabar dalam mengharungi hidup yang sementara. 


2 comments:

  1. Maaf..nk bertanya..apa keputusan doc mengenai sawan ank Puan..sy mempunyai ank buah berusia 2 tahun..dan baru kna sawan..dia br je ujian EEG..masih blom dpt kputusan n minggu hadapan br nk buat MRI..ble trangkan keadaan ank puan skunk ni x..thanks for sharing erk..

    ReplyDelete
  2. No problem, itulah mama x buat lg entry keputusan dr semua prosedur, so far doc klasifikasikan kes Arif sbg 'Benign Infantile seizures'...kiranya sawan yg x merbahaya, tp xde jaminan x akan berulang.

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.