Tuesday, 12 November 2013

Tukar domain blogspot ke .com

Hari ni blog dah bertukar domain ke .com,,hasil kerja en. Asben tolong tukarkan. Rupanya domain ni dah lama en. Asben register untuk buat kerja-kerja ofisnya, tengok-tengok boleh pakai lagi jadi kita pakaikan domain ni ke blog. Comey sket kan bila nak sebut..hehehe, perah santan.

Sebenarnya blog ni dalam proses naik taraf jadi lebih mesra pengguna. Sebab tu dulu tak ada page, sekarang dah ada. Tapi masih belum sempurna, sebab  nak kena study semula coding html nya, nak masukkan link-link tajuk ke bawah kategori page yang ada.

Kalau anda yang dah 'klik' page tengok kosong je, itu maknanya masih dalam proses. Dan yang mana ada gambar tu pula sebagai isi kandungan sementara. Bukan gambar kabur yang nak diletak di situ, pasal gambar terbaru belum ada, letak je la dulu gambar kelabu yang ala-ala nak tunjuk macam tak tu hehe.

Blog ni boleh jugalah dikatakan sebagai 'penjenamaan' semula...blog pun ada jenama? Ya adik-adik..itu kalau nak serius berblog. Maksudnya kalau anda nak jadikan blogging sebagai kerjaya, syarat utama blog anda mesti ada identiti sendiri supaya senang pembaca nak ingat.

Sekarang adalah masa yang agak sibuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian. Malam ni baru minta En. asben 'capture' gambar langkah-langkah nak tukar domain dari blogspot ke .com untuk rujukan anda. Jadi 'bookmark' dulu page nip ya.

Nasiblah ada en.Asben boleh tolong buat kerja IT ni, kalau tak 'meraban' juga nak cari orang yang pandai tukar domain...apa? Nak minta tolong En. Asben ahkak tolong buatkan,, boleh..tapi mahallah, sejam USD200 tau,,huhu itu 'rate' untuk kerja rasmi dia. Macam banyak je kan, bukan dia sorang yang makan, itu company nya punya charge lah. Kalau tak 'makcik' kayo dah :P

5 comments:

  1. wah.. bestnya ada domain dot com.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  2. hehe best.best nak kena byr yuran setaun ;P

    ReplyDelete
  3. TQ,TQ...bila la blog Mass nak online ni, lama dah tunggu ;)

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.