Thursday, 7 November 2013

Sebatang atau secekak lidi?

Bagi anda yang tertanya apa cerita yang saya ingin saya tulis sekarang,,kisah sebatang lidi. Perpatah kata lidi jika sebatang mudah di patahkan betul? Kalau secekak...ha cuba anda yang ada penyapu lidi di rumah patahkan,,boleh tak?

Di rumah ni ada sebatang penyapu lidi di dapur, tak perlu buat eksperimen ni, pun saya dah tahu memanglah tak boleh nak patahkan penyapu lidi. Biasa dulu-dulu saya potong pakai parang je hujung penyapu nak bagi sama.

Bagi adik-adik yang membesar di kota metropolitan KL ni, rasanya mesti kalian tak berpeluang nak main penyapu lidi kan. Samalah anak-anak ahkak yang sedang membesar ni, bila dapat balik kampung 'hepi' nya hanya Alalh yang tahu..mama bila nak balik kampung, bila nak balik kampung...letih nak menjawab.

Hmm apalah pula isunya dengan kisah lidi yang saya nak ceritakan ya, saya terfikir pasal lidi ni masa 'blogwalking', seorang blogger mat salleh yang berjaya. Suri rumah sepenuh masa dengan tiga orang anak. Memang trend rupanya 'fulltime' blogger buat bisnes.

Menariknya, saya terfikir saya ada 3 jenis biz yang akan dan sedang dijalankan sekarang. Tapi masalahnya macam tak praktikal sebab tak letak bawah satu platform,,haha...org biz sila-sila fikir hehehe. Maksudnya lebih elok kalau kita ada berlainan biz online kita letak produk dibawah page yang sama. Kelebihannya senang nak urus.

Jadi, memendangkan biz yang ada ni pun baru je bermula, macam baby...meniarap pun belum pandai ni. Akan difikirkan kemudian untuk terus memajukannya.

Owh lupa pula nk cerita kaitannya degan lidi, hehe...macam biz ni la, kalau asing-asingkan page mesti ada yang tertinggal atau gagal/patah macam lidi nan sebatang. Tapi kalau kita uruskan bawah satu page, jadilah seperti penyapu lidi...

Haha apa-apa je lah falsampah hari ni,,,yang mana boleh pakai anda ambillah, mana rasa merapu tu tak payah simpan dalam kepala erk..lidi,lidi...bisnes kurus macam ladi...
.;P


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.