Friday, 22 November 2013

Rahsia Resepi Tempoyak Ikan Patin Temerloh



Bagi pembaca yang suka makan gulai tempoyak ikan patin, pasti tahu tempat yang paling popular di Malaysia sudah tentu gulai tempoyak ikan patin Temerloh, pahang. Sampai bandar Temerloh telah dilabelkan sebagai bandar ikan Patin.

Mungkin ada yang nak tahu resepi original gulai ni macam mana kan? Hehe mari sini orang temerloh nak turunkan ilmu rahsia gulai tempoyak ikan patin yang sangat 'marvelous'..

Rahsianya bukanlah rahsia...macam movie kung fu panda pulak kan, jangan marah acik-acik yang cuma nak tahu resepi tapi kena baca intro pula.

Resepi yang sangat simpel dan buat orang tak sangka...

Bahan-bahan;
Ikan Patin sangkar (kolam punya tak sedap) - 1 ekor* potong 4
Tempoyak - 1 1/2 senduk (nak pekat tambah lebih)
Cili Padi - 10 biji 
kunyit hidup - 1 inci
Daun kesum - 2 tangkai
Air- 1.5 liter (agak-agak nak kuah banyak mana)

*Ada orang letak bawang, tapi dari info yang diperolehi jika letak bawang akan sebabkan ikan sungai akan hanyir.

Cara masak;
1. Cili padi dan kunyit ditumbuk lumat
2. Masukkan ikan, tempoyak dan kunyit cili, daun kesum,sedikit air dalam periuk
3. Reneh ikan dan tempoyak hingga agak sebati
4. Masukkan air kacau perlahan untuk dapatkan kuah.
5. Masukkan garam secukup rasa,kalau nak masam lebih tambah asam keping, nak warna cantik letak kunyit serbuk sikit.

~Haishh rasa nak makan tempoyak ikan patin pula sekarang, tempoyak ada dalam freezer, ikan je tak ada, mana nak cari ikan patin sangkar kat KL ni, huhu...

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.