Sunday, 10 November 2013

Pembunuh pegawai Ambank berjaya ditangkap!




Alhamdulillah akhirnya pembunuh pegawai Ambank arwah Pn.  norazita da dapat ditangkap. Berkat doa rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib mangsa dan keluarga. Semoga penjenayah tersebut dihukum setimpal, atas penderitaan orang lain.

Mungkin kita hanya terfikir hanya ahli keluarga arwah yang menerima kesan,,hakikatnya semua orang disekeliling penjenayah menerima tempias, bayangkan rakan dan ahli keluarga penjenayah yang ditangkap kerana dituduh terlibat. Pekerja-pekerja di syarikat yang sama hilang kerja kerana syarikat ditutup...bagaimana dengan nasib anak isteri pekerja lain yang terpaksa berhadapan dengan sutuasi tersebut. Sangat menyedihkan..

Hidup bila bertindak tidak mengikut akal, inilah akibatnya, yang menderita bukan dirimu seorang wahai 'penjenayah', tapi seluruh perkara yang terkait dengan hidupmu.



KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.


Satu kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah, turut mengesahkan penahanan lelaki tersebut di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada pukul 7 pagi ini.

“Pihak polis percaya, dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut.

Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.