Sunday, 24 November 2013

Majlis Ilmu bersama Ustazah Norhafizah,panel Tanyalah Ustazah TV9



Alhamdulillah minggu lepas saya dan keluarga berpeluang pergi dengar ceramah dari salah seorang ustazah yang agak terkenal di TV9.

Memang rasa seronok sangat dapat peluang pergi ke majlis ilmu macam ni. Bukan apa kebetulan program ni buat di masjid depan rumah. Memang rugi kalau tak ambil peluang yang ada.

Nak tak nak anak-anak pun diangkut pergi sekali. Mujurlah si Arif tak meragam, kalau tak susah juga saya nak bagi tumpuan dengar ceramah. Ceramah pula bertemakan 'Hijrah' sempena tahun baru kita.

Program ni start pukul 8.30 pagi, habis dalam pukul 12.00 tengah hari. Mula program dengar dulu ucapan daripada imam masjid. Kemudian ada persembahan dari anak-anak Maahad Tahfiz.


Ceramah dari ustazah bermula dalam pukul 10.00 kalau tak silap saya. Ini kali pertama saya dengar ceramah live dari ustazah Norhafizah, sebelum ni pernah dengar kat TV9, orangnya secantik di dalam TV lagi cantik di luar.

Kagum betul saya dengan cara penyampaian ustazah Norhafizah, setiap cerita beliau banyak yang menyentuh hati saya sebagai seorang ibu. Bagaimana beliau menasihati ibu-ibu supaya sabar dalam mendidik anak-anak.

Banyak juga tips keibubapaan yang beliau sampaikan. Antara yang saya tidak lupa kisah pengalaman beliau yang bertemu sebuah keluarga imam di Indonesia, bagaimana imam tersebut mendidik anak-anaknya yang sangat mencintai Al-Quran.

Ustazah bertanya apa rahsianya, imam tersebut bagitahu rahsianya ialah 'setiap hari' imam dan isterinya membuat solat sunat taubat kepada Allah s.w.t. Maha Besar Allah, bila difikirkan tentang diri sendiri, jauh bezanya amalan mereka yang taat akan Allah ini.

Sepanjang lebih kurang 2 jam dengar ceramah dari beliau Ustazah Norhafizah, memang tak menjemukan dan saya memang berniat jika diizinkan Allah untuk dengar lagi ceramah dari beliau pada masa akan datang.





Semasa menghadiri majlis ilmu ini saya ada terfikir juga tips untuk para mama yang nak menghadiri majlis ilmu bila bawa anak kecil.

Untuk tips mama semua boleh KLIK di SINI ya

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.