Sunday, 17 November 2013

Jadual Cuti Sekolah Anak



Alhamdulillah, siap juga jadual untuk si kakak yang dah start bercuti akhir tahun sekolah. Terpaksa buat jadual supaya masa yang ada boleh dimanafaatkan sepenuhnya.

Dalam jadual ni cuma letak 'Time line' mengikut waktu solat sahaja, sebab kalau nak tetapkan waktu yang betul, agak susah sebab ada dua hero yang nak kena di 'incharge' juga.

Kenapa ikut waktu solat? Sebab dalam apapun urusan kehidupan kita, solat adalah perkara yang paling penting- no kompromi,,selalu pesan pada si kakak.

Bila dah ada jadual ni, bukan budak je yang nak kena ikut, dengan mama budak sekali lah nak kena ikut jadual yang dah di buat.

Harap berjayalah ikut jadual ni sampai habis cuti, bukan apa nampaknya si kakak memang kena ulangkaji banyak sebab result examnya, adoyai tak memberangsangkan.

Kesian anak... salah siapa? Salah mamanyalah yang tak beri perhatian betul-betul pada akademik anak.

Insya Allah, sempena Hijrah, mama niat nak berubah jadi lebih prihatin pada anak-anak, semoga niat diperkenankan...amin Ya Allah.

2 comments:

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.