Saturday, 23 November 2013

Hukum Basuh Telur sebelum dimasak



Adik-adik, acik-acik yang suka makan telur, sebelum pecah masuk dalam maggie tu basuh dulu tak telurnya? Dulu saya tak tahu yang telur mesti dibasuh dulu sebelum masak. 


Bila pergi kursus kawen ada sorang ustaz bagitahu orang yang makan telur yang tak bercuci sebelum masak, samalah macam makan tahi ayam...erkk? Sejak tu bila masak memang telur-telur mesti dibasuh dulu sebelum masak.

Tip basuh telur boleh klik si sini ya, yang ni ahkak cuma nak kongsi info hukum basuh telur sebelum masak. Info ni pun hasil dari bertanya pakcik gugel je...dari website Halaqah.net,

Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah,terdapat dua pendapat di kalangan para ulama bermazhab Syafie di dalam masalah ini.

Pendapat pertama menyebutkan bahawa ianya adalah najis dan pendapat kedua menyebutkan bahawa ianya adalah suci.
Jika kita berpegang dengan pendapat yang pertama di dalam masalah ini ,maka kulit telur tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu.Manakala jika kita berpegang dengan pendapat yang kedua ,tidaklah perlu untuk kita membasuhnya. Perlu diingat,ini adalah jika tiada sebarang najis yang kita nampak pada kulit telur tersebut(maka kita boleh mengikut mana-mana sahaja pendapat yang telah kita senaraikan sebelum ini).Tetapi jika terdapat najis pada kulit telur tersebut ,maka ianya perlu dibasuh terlebih dahulu ,kerana kita bimbang akan termasuk sedikit najis tersebut ke dalam telur yang kita ingin masak.

Sikap berjaga-jaga amatlah dituntut di dalam masalah ini.


Semoga semua sidang pembaca dapat mengamalkan dengan baik.

Rujukan:


1. Al-Majmu’ Syarah Muhazzab oleh al-Imam Abu Zakaria Muhyiddin al-Nawawi jilid 1 mukasurat 132 cetakan Darul A’lam al-Kutub.

2. Umdatul Mufti wal Mustafti oleh al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal jilid 1 cetakan Darul Hawi.

Disediakan oleh ,
Mohd Nazrul Abd Nasir


Kalau ikutkan ada dua pendapat, tapi bagi saya baiklah ambil pendapat pertama, sebab dari segi sains telur yang tak dibasuh bahaya untuk kesihatan.

Kulit telur didapati mempunyai bakteria salmonella yang kalau masih hidup kita telan, boleh menyebabkan kita cirit birit.

Jadi baiklah kita basuh dulu kan, daripada nak ambil risiko keracunan makanan.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.