Tuesday, 26 November 2013

Aktiviti Cuti Sekolah si Kakak ~ Minggu 1

Kakak study adik pun nak join

Ini antara aktiviti yang dah dibuat minggu lepas berdasarkan jadual cuti sekolah yang dah saya susun untuk si Kakak bagi memenuhi waktu terluang cuti hujung tahun.

Pada mulanya memang mencabar untuk saya ikut jadual, maklumlah sebelum ni mana ada jadual aktiviti dan study untuk dia. Waktu belajar pun tak menentu.

Jadi bila dah ada jadual ni mencabar sunggu nak suruh dia study, macam-macam alasan dibaginya nak elak study. Adakala 'hangen' juga satu badan mama nak 'counter attack'.

Tapi bila dah 'hangen' tu terpaksalah menyabarkan diri sendiri, sebab ini baru minggu pertama, si kakak pun bukan mudah untuk dia nak sesuaikan diri dengan waktu belajar.

Dalam susah nak suruh dia study, akhirnya ada juga hasilnya untuk minggu ini. Bagi kemahiran baca Al-Quran dan hafazan, masih tak berapa lancar, nampaknya saya kena usaha keras untuk betulkan bacaannya.

Bagi Matematik, Alhamdulillah si Kakak dah boleh tulis sifir 1 sampai 5, dengan hanya kefahaman cara mengira tapi belum menghafal.

Masa belajar si Kakak 'excited' nak buat eksperimen, letih juga memikir nak bagi eksperimen apa, akhirnya dapat juga, buat eksperimn 'minyak campur air'. Dah bahan tu je yang ada hehe.

Minggu ni tak buat eksperimen tapi kena buat latihan gun keyboard komputer. Percaya atau tak dalam silibus Sains budak darjah 2 dah kena belajar guna keyboard komputer. Mamanya pun masih taip tengok keyboard, dengan mamanya la kena belajar sekali hehe.

Dan cabaran paling besar untuk ikut jadual study cuti sekolah ni, adalah 'gangguan' si Ali yang tak boleh tengok kakanya buat kerja.

Ini budaklah, nak marah baru tiga tahun, nak tak nak kena ajak dia join sekali aktiviti baru dia ok sikit. Kalau tak, setiap buku yang kakak pegang itulah yang dia nak...Ali,Ali...




No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.