Tuesday, 29 October 2013

Tiga Hadiah untuk anak yang dikasihi..Novel Ayat-ayat Cinta


Alhamdulillah, siap set up page bisnes untuk anak-anak. Sebenarnya idea ni saya dapat dari Novel Ayat-ayat cinta.

Kalau anda yang pernah baca novel tersebut, mesti ingat kisah heroin Aisha mewarisi perniagaan daripada tinggalan maknya. 

Dalam novel tersebut Aisha becerita pada suaminya bahawa datuknya meninggalkan setiap satu bisnes untuk diwarisi oleh anak-anak.

Pakcik Aisha mewarisi perniagaan susu, mak Aisha mewarisi perniagaan kain..kalau tak silap,dah lama tak ulang baca.

Hmmm rupanya dari novel kita juga boleh praktik kan dalam hidup. Sebab itu tak hairan bila novel ayat-ayat cinta antara novel Islamik Top seller. Kalau nak beli novel tu boleh pm kat FB Koleksi Buku Ilmiah ya ;)

Masa saya set up page Koleksi Buku Ilmiah bulan lepas saya dah terfikir, andai ditakdirkan saya dah tak ada dimuka bumi ini, siapa yang akan sambung bisnes yang saya tinggalkan.

Maka dari situ saya terfikir kenapa tak saya jadikan setiap bisnes saya sekarang adalah hadiah untuk anak-anak untuk masa depan nanti.

Bukan bermakna anak-anak tak boleh ada cita-cita sendiri, cuma bisnes ini boleh dijadikan aktiviti sampingan masing-masing. Sambil beramal, berniaga dan berdakwah kepada masyarakat.

Jadi melalui watak anak-anak saya hadiah kan bisnes yang bersesuaian dengan karektor masing-masing. Bagi bisnes 'Muslimah Apparel' saya buat khas untuk si Kakak Via. Sesuai dengan statusnya satu hari nanti akan membesar menjadi seorang muslimah.Semoga kakak menjadi muslimah yang sejati.

Buat Ali pula saya hadiahkan bisnes 'Koleksi Buku Ilmiah' sesuai dengan maksud namanya, Aliman ~alim, berpengetahuan. Semoga Ali menjadi alim ulama' yang berani.

Untuk sikecik Arif saya hadiahkan bisnes 'I sihat', sesuai dengan karektornya yang kecil-kecil lagi dah masuk wad. Semoga Arif menjadi seorang anak yang sihat, cerdas akal fikirannya.

Harapan saya sebahagian hasil bisnes ini akan saya masukkan dalam tabung anak-anak. Bila dah besar nanti boleh lah guna duit tabung untuk sambung belajar menjadi insan berjaya.

Semoga usaha ini diberkati, semoga saya tidak berputus asa dengan rintangan yang pasti mendatang dalam menjalankan perniagaan.

Yang paling penting, tentulah ucapan 'Terima kasih' tak terhingga pada bapa anak-anak yang tak jemu memberi sokongan untuk saya bekerja dari rumah. Alhamdulillah...

~Sejahteralah anak-anakku semoga menjadi anak yang soleh dan solehah~




1 comment:

  1. Assalamu'alaikum..

    :) Menarik kak. Semoga akk dan keluarga mendapat kejayaan kebahagiaan di dunia & akhirat sana. Aamiin InsyaAllah..

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.