Wednesday, 2 October 2013

Rasa nak delete blog ini...

Adatlah manusia ada masa up, ada masa down.....apa yang saya rasa sekarang rasa nak delete blog kesayangan saya ni..

Kenapa? Ntah saya rasa tak berguna nak menulis lagi,,tapi bila saya renung semula entry-entry dalam blog, saya terfikir, mungkin ada juga info-info di sini yang telah membantu orang lain di luar sana...ya orang yang mungkin saya kenali dan mungkin juga tak di kenali.

Bila saya renungkan lagi apa hikmahnya blog yang serba kekurangan ini masih terus hidup di alam maya, saya terlupa blog ini jugalah sahabat yang akan mendengar segala coretan suka duka saya sebagai hamba kepadaNya, yang merekodkan serba sedikit pengalaman pahit manis bernama manusia.

Emosi, hmmmmm memang beremosi, orang pompuan biasa kalau dengan emosi yang tak berapa stabil hehehe. Kalau saya delete blog ini, bermakna tiada lagi teman yang akan mendengar keluh kesah yang ntah apa-apa dari saya...

Dan yang terakhir saya terfikir, segala mungkin perkongsian ilmu dan pengalaman yang serba cetek inilah mungkin yang akan menambah saham saya di akhirat kelak. Pembaca semua yang buruk jangan ikut tau,,,yang baik-baik ambillah sebagai kenangan.

Masih rasa nak delete blog ini? Buat masa sekarang belumlah lagi.....tak tahulah kalau esok lusa. Doakan saja yang baik-baik untuk saya dan keluarga. Minta maaf andai ada info di sini telah menyusahkan anda. demi Allah niat saya hanyalah untuk memberi manafaat sesama kita.

Yang baik itu tentunya dari Allah s.w.t.....

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.