Saturday, 19 October 2013

Online marketing?

Banyaknya nak cerita pada anda yang rajin melawat blog yang serba kekurangan ini. Terima kasih sangat kawan, terutama yang telah sudi 'like' page Koleksi Buku Ilmiah...

Alhamdulillah, belum sampai sebulan 'like page' dah nak cecah 1k, alhamdulillah...syukur sangat-sangat. Semoga anda akan sentiasa diberkati Allah.

Dulu saya hairan kenapa banyak page-page bisnes akan mengejar like bagi page diaorang. Ada yang tak berhenti-henti 'invite' untuk like page.

Bila saya terjebak dalam biz online ni, baru saya tahu rupanya FB pun jual 'like'...ya...kalau anda belum  pernah buat apa-apa page dalam FB, anda memang tak akan tahu senario sebagai admin page...hehehe

Ya, sekarang FB pun dah pandai berbisnes dengan orang yang bisnes, siapa yang dah buat page dari dulu memang untung, sebab tak perlu beli like, boleh direct invite atau pm rakan lain like page kita kan.

Tapi bagi orang baru macam saya yang baru jadi admin page,,haha sekarang FB dah jual 'like' kalau anda semua tak tahu. Paling murah RM16 untuk FB tolong promosikan kita punya page. Nak cepat dapat like bayarlah kan..bijak,bijak.

Kalau anda pernah dengar FB Ads itulah bendanya, sekarang admin page dah tak boleh pm ahli direct. Kalau nak pm ahli direct FB akan charge juga, kalau tak silap USD 0.01 untuk satu pm kot...kalau tak silap lah.

Sebab tu bila ada pembaca yang nak beli buku suruh pm, terpaksalah saya sebagai admin bagitahu pembaca...."Salam Pn, boleh pm kami terlebih dahulu krn FB hanya benarkan admin page reply pm ahli sahaja."

Yalah manalah semua orang tahu yang FB dah tak bagi admin pm ahlinya dulu...huhu, nampa macam admin saja ambil perhatian ahli, padahal memang terpaksa bagitahu sebab tak ada cara lain untuk admin berhubung dengan ahlinya sekarang.

Saya sekarang memang ada masa nak reply pertanyaan semua pembaca, sebab selain menjual buku, saya amat mementingkan servis kepada pelanggan adalah yang terbaik.

Hoho bak kata en.asben, yalah namapun ex-CSE Astro. Jaga pelanggan sungguh-sungguh. Lagipula itulah serba sedikit kebolehan yang ada setelah 9 tahun bekerja dalam line Customer Service.

Walau macam manapun kita ada pengalaman, bagi benda yang baru tentu banyak kelemahan yang saya terpaksa akui,, oleh kerana stok buku yang saya simpan terhad, jadi masalah lain pula yang timbul.

Customer lewat dapat buku, sebab kena tunggu stok baru masuk. Salah satu mengapa saya sangat menjaga pelanggan saya ialah sebab saya juga adalah seorang pelanggan...

Saya pun akan ambil stok dari pembekal, dan saya nak servis pembekal untuk saya yang terbaik. Jadi Kalau kita rasa tak suka kalau orang yang bisnes dengan kita main-main, janganlah kita buat main-main dengan pelanggan kita.

Senang cakap, bebuatlah baik sesama kita, tak kira kita peniaga atau pelanggan. Sebab kalau tiada pelanggan, tiadalah maknalah perniagaan yang kita usahakan ye tak...

Oklah, saya selalu melalut dari tajuk hehe, sebenarnya nak cerita tentang online marketing dah citer psal Customer Service pula hehe..ringkasnya Online Marketing sekarang banyak sangat platform, buat masa sekarang saya aktif di FB, selain FB anda boleh guna semua platform dibawah..

1. Facebook
2. Twitter
3. Website
4. Wordpress
5. Blogspot
6. Tumblr
7. E-mel
8. Youtube / Vimeo (untuk video)
9. Flickr (untuk gambar)
10. Myspace
11. Linkedin
12. Instagram
13. Foursquare
14. Google +


Untuk pasarkan barang jualan anda di internet...hmmm ...teringat kawan-kawan masa di ums dulu yang study kos E-Dagang, mesti mereka orang yang beruntung sekarang sebab E-Dagang makin berkembang pesat di Malaysia...best rupanya bisnes online. :)

Jawapan kenapa 'like' page yang banyak diperlukan di page FB adalah semakin tinggi like semakin banyak prospek pelanggan, semakin banyak prospek pelanggan, semakin tinggi peluang 'sales', Kalau sale tinggi barulah syarikat boleh untung...kalau tak untung, maknanya gagallah bisnes anda..sedihnya..

Jadi apalagi kawan jom support like kat page bisnes-bisnes yang ada. Bukan setakat untuk KBI je, yang mana aktif berniaga tu bantulah mereka, kerana sesungguhnya bantuan anda juga pasti akan dinilai di mata Maha Pencipta. Insya Allah. Amin...


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.