Monday, 28 October 2013

Kita apa yang 'kita Fikirkan....'

Bagaimana hidup anda hari ini? Bahagia...sebab gaji dah dapat...atau derita sebab masalah yang ada masih juga tak selesai,selesai..dah beruban rambut masih menghadap masalah yang sama.

Rasa mcam pakar motivasi pula sekarang hehe. Kawan, manusia mana yang tak pernah ada masalah betul tak..? Salah!! ada je manusia yang tak pernah ada masalah,,dulu saya tak tahu. Bila En. Asben bagitahu baru saya tahu...

Kalau nak tahu jawapannya, baca entry ni sampai habis,,,hek eleh..paksa baca kan. Tak adalah saya cuma bergurau sambil menghiburkan hati sendiri. Betul...ada manusia yang tak pernah ditimpa masalah...Firaun adalah manusia yang Allah s.w.t bagikan nikmat hidup yang mana dia tak pernah ada masalah..

Masalah dia adalah 'mencipta' masalah pada rakyat nya...Firaun manusia yang cukup dari segalanya, harta, pangkat,cinta, kasih, sayang...segalanya cukup hinggakan sakit pun tak pernah. Betapa besarnya nikmat Allah kepadanya.

Nikmat yang hebat ini menyebabkan Firaun rasa diri dia adalah Tuhan, manusia yang tak pernah sakit ini menjadi angkuh hinggakan siapa yang menentang pasti kena hukum. Penderitaan rakyatnya tercatat dalam Al-Quran Nul Qarim.

Kalau anda tertanya apa kaitannya kisah firaun ini dengan kita....ada kaitannya,,mungkin kita merasakan orang lain yang tiada masalah adalah manusia yang paling bahagia dalam dunia ini. Bagi kita pula yang terperangkap dalam masalah adalah orang yang paling derita dalam hayat ini....

Nah lihat...hidup kita, walaupun ditimpa dengan pelbagai masalah itu tak bermakna hidup kita dah hancur atau musnah, sebab sebesar manapun masalah yang perlu kita tanggung, kita diberi akal oleh Allah s.w.t untuk menyelesaikannya.

Kita memang tak boleh lari dari masalah, kerana masalah ini bebannya di hati. Hati pula kita bawa kemana-mana. Hanya dengan membuang beban dihati ini sahaja yang boleh meringankan jiwa-jiwa orang yang bermasalah.

Bagaimana?

1. Doa kepada Allah semoga diberi petunjuk untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bersujud dan merayulah pada Allah, semoga dilapangkan fikiran untuk mencari jalan penyelesaian.

2. Bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jangan diam membisu berlakon seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

3. Sabar dan sabar, sambil mempertimbangkan tindakan-tindakan terbaik yang perlu diambil.

4. Jika masih gagal, ulangi sahaja langkah satu....percayalah 'pintu Allah jika diketuk berkali-kali pasti terbuka untuk kita'

5. Bagaimana membukanya...'Allah tidak menjanjikan orang yang bekerja siang malam, akan mendapat banyak wang, Allah tidak menjanjikan orang yang berkahwin akan dapat anak, Allah juga tidak menjanjikan orang yang becucuk tanam tanahnya sentiasa subur, TETAPI Allah s.w.t menjanjikan orang yang menjaga 'SOLAT' akan mendapat 'KEJAYAAN'

Jalan dah ada...dan sentiasa terbuka, ingatlah hidup tanpa masalah bukan gambaran sebenar 'kebahagiaan' kerana bahagia itu di 'hati'....hati yang bahagia dan tenang walau dicampak ke lautan api, ia tetapkan bahagia kerana Alalh sentiasa bersamanya.

Bab kata Prof Muhaya, kita apa yang kita fikirkan....kalau positif, maka positiflah hidup kita. Tapi kalau negatif seperti itu juga hidup kita....jom mulai hari ini kita latih minda berfikiran positif walau dalam apa jua keadaan, dan kita lihat hasilnya...


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.