Saturday, 12 October 2013

Bila hidup lebih bermakna


Kebelakangan ni saya memang sangat sibuk, kadang-kadang rasa tak cukup 24 jam yang ada. Padahal semua orang dapat masa yang sama juga, tak adalah rasa masa tak cukup ye tak.

Hehe inilah dia lumrah bagi orang yang sebelum ni banyak masa, tiba-tiba dah ada kerja baru kelam kabut, patutlah ada pepatah cakap,

1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.
Owh lapang sebelum sempit,, dekat-dekat la juga dengan 'lapang sebelum sibuk', bagi mommies yang bekerja dari rumah mesti faham sangat keadaannya, kalau tanya diaorang rasanya lebih kurang kot kesibukan yang dialami.

KECUALI...hehe ada 'maid' bolehla lega sket, macam kerja rutin rumah basuh pinggan,kain baju, kemas, sapu lantai tu bolehla maid settlekan, kita boleh masak dan uruskan bisnes saja ye tak.

Wah ada yang hairan, alahai kerja apa je nak buat sampai rasa perlu maid, setakat duduk depan pc update FB biz je pun.

Dulu saya antara orang yang hairan juga sebenarnya....tapi bila sendiri dah merasa...ha kau, baru tahu lebih kurang bz kerja kat ofisje. Cuma nasib baik, pagi-pagi tak payah terkejar-kejar nak bersiap cun-cun pergi ofis, tak payah terkejar-kejar LRT takut lambat sampai ofis.

Tapi 'workload' nya sama je huhu. Apa yang sama? Nantilah saya sambung cerita ya, apa yang sama...bila bekerja sendiri dan berBOSS kan 100% Illahi, anda akan tahu meter tanggungjawab anda dan amanah yang anda perlu pegang.

Apapun yang pasti, ini yang saya rasakan sekarang...hidup lebih bermakna :)!



2 comments:

  1. Singgah bw kat sini...
    Tak tsu nk komen ap..hehe2~
    Nice entry..

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.