Saturday, 21 September 2013

Sedapnya Rock Melon



Siapa yang pernah makan Rock Melon mesti tahu buah ni memang sedap. Dulu tak tahu namanya, bila en. asben bawa balik sibuk saya mengugel cari info, ingatkan 'sun melon', rupanya tembikai batu hehe..

Rasa Rock Melon@cantaloupe sedikit manis macam madu, isinya rangup, bijinya macam biji labu. Kalau ada tanah memang saya dah semai benihnya.

Isinya boleh kita makan begitu saja atau buat jus, seperti mana info yang en.asben dapat dari tauke kedai. Kalau boleh rasa nak makan buah ni hari-hari, tapi harganya wow, agak mahal sekilo boleh cecah RM8/kg.

Rock Melon kaya dengan vitamin C, Vitamin A, Beta Karotin yang membantu penyerapan vitamin A, dan kalium yang membantu mengimbangi natrium dalam badan. 

Jumlah kalori Rock Melon pula 100gm/120kj,bagi sesiapa yang nak kurangkan berat badan tak boleh makan lebih, kalau nak tambah berat badan, buah Rock Melon ini memang sangat sesuai di makan kerap.

Buah Rock Melon juga dikatakan antara makanan yang dapat membantu minda berfungsi dengan lebih baik. Kalau nak rawat penyakit lupa boleh tambah Rock Melon dalam diet anda.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.