Tuesday, 3 September 2013

Sah Petrol Diesel Naik Dua puluh sen

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini. 

Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2
.




Agak terkejut bila dengar berita kenaikan petrol dan diesel malam ni. Baru plan nak buat family budget untuk selesaikan segala hutang piutang yang ada.

Nak menstrukturkan semula perbelanjaan family, supaya semua 'loan' yang ada boleh dibayar habis dalam masa 5 tahun ni.

Tapi bila dengar saja minyak pula naik, kecewa sangat rasa, sebab tak pasal-pasal budget bulanan untuk petrol meningkat hampir 10% setiap bulan..

Duit minyak untuk hantar kakak ulang alik ke sekolah, dah meningkat ke RM130 lebih sebulan...frust sangat :(

Bagi saya yang cuma en.asben yang bekerja ,hidup pula di KL, memang terasa sangat dengan kenaikan minyak ni, walau hanya 20 sen.

Belum di kira perbelanjaan dapur yang konfem akan naik juga, bab kata seorang sahabat, kenaikan minyak dalam pasaran umpama 'domino effects'...mustahil harga barang keperluan tak akan naik sama.

Saya cuba bersikap rasional dalam keadaan sekarang,walaupun dah puas meroyan dalam FB hehe, maaf buat sahabat penyokong bn, jika terguris hati. Kekecewaan kadang-kala menghakis budi bahasa.

Bila difikirkan secara positif, minyak petrol, kos hidup yang semakin meninggi...keperluan keluarga yang semakin meningkat hanyalah cabang-cabang ujian hidup kita di dunia ini.

Walau dalam keadaan apapun yang sedang kita alami, hatta sedang berperang sekalipun, keutamaan kita adalah beribadat kepada Allah s.w.t.

Matlamat kita adalah kehidupan di alam abadi. Bersabarlah dengan ujian yang sedang kita lalui. Jangan pernah jemu bersujud kepadaNya memohon dipermudahkan segala urusan kita didunia yang sementara. 

Jadikan kesusahan satu hikmah supaya kita lebih mendekatkan diri padaNya kerana pada saat ini bila kita di luar kemampuan, kita akan bertawakal kepada Allah s.w.t. sepenuh hati.

Walau bagaimanapun sahabat, beribadat kepada Allah s.w.t bukan sahaja memenuhi urusan solat, puasa seharian kita sahaja. Beribadat kepada Allah s.w.t merangkumi tanggungjawab kita kepada masyarakat dan negara. 

Tanggung jawab kita dalam memilih pemimpin...tanggung jawab...sesuatu yang perlu kita terima kesannya atas setiap pilihan yang telah kita buat. 

Saya tidak sanggup kerana kesilapan saya memilih pemimpin akan memberi kesan kesengsaraan kepada orang lain. Saya tidak sanggup menjadi seorang islam yang hanya mementingkan diri sendiri dengan memilih pemimpin yang tidak ikhlas berbuat kebajikan kepada rakyat.

Saya tidak rela kerana kesilapan saya memilih ada air mata para ibu yang menitis kerana susah hati tidak mampu menyediakan makanan yang terbaik untuk anak-anaknya. 

Akibat kos gaya hidup kini ada bapa yang terpaksa bekerja 2 jenis pekerjaan dalam satu masa dan ibu perlu keluar bekerja untuk membantu keluarga. Anak-anak pula terpaksa tinggal di taska demi mendapatkan kehidupan yang lebih selesa.

Perkara yang sudah dijangka telah pun berlaku, harapan saya semoga saya terus dibuka mata melihat kebenaran dalam menilai seorang pemimpin, kerana saya sentiasa percaya seorang pemimpin yang baik, tidak akan pernah zalim pada rakyatnya...sebuah kerajaan yang baik akan menjaga kebajikan rakyatnya.


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.