Thursday, 26 September 2013

Penat bekerja, anak jangan lupa ~

Hehehe bahagianya hidup nak buat kerja bila dua hero dah tido. Mau taknya, saya dari semalam 'excited' sangat dengan kerja baru.

Kerja mempromosi page bisnes saya ni,

https://www.facebook.com/pages/Koleksi-Buku-Ilmiah/1417320225158672

Seronok betul tengok bila kuantiti 'like page' tu makin lama makin banyak. Sampai tak sedar dah 2 ke 3 jam mengadap pc.

Lenguh badanpun tak terasa,,perut lapar pun tak perasan, ini dia penangan 'excited' melampau yang saya sedang alami sekarang. Walaupun baru dapat satu 'sale' perasaan gembira tu hanya Allah sahaja yang tahu.

Memang gembira bila usaha mendatangkan hasil, terasa diri berguna kembali, hehe ayat tak boleh b.... sekurang-kurangnya keletihan kerja saya sekarang dapat memujuk hati yang terkilan 'melepaskan yang pergi'.

Tapi seperti mana nasihat en.asben pada saya, kerja-kerja juga, yang utama anak. Yalah kan sibuk sangat mengadap bisnes, silap-silap tak sedar pula anak dah mandi ke, makan ke...

Jadi saya mengambil langkah menyusun semula jadual kerja rumah saya ni supaya tanggungjawab utama saya tak terabai. Kerja takda bos, siapa nak tegurkan huhuhu.

Harap lepas saya melepasi fasa 'excited' sangat mempromosi page, jadual tugasan harian saya jadi lebih tersusun dan berhikmah.

Amin, doakan usaha saya ni sukses.

Ops,,sesiapa nak beli buku, sila-sila ke page saya sekarang, banyak promosi sempena bisnes baru lancar ni.

Mana tahu anda antara yang bertuah dapat 'misteri gift'

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.