Wednesday, 25 September 2013

Merelakan yang Pergi, Selamat datang yang Baru

Wah, hari ini letih betul, dari subuh tadi jam 5.30am masih tak berhenti bekerja, ya bekerja dari rumah!

Sebenarnya dalam minggu ini ada dua keputusan yang buat saya rasa sangat terduga,

1. Merelakan yang pergi....dalam keterpaksaan saya terpaksa melepaskan peluang temuduga kerja dengan Petronas, yang boleh dikatakan agak cerah peluang untuk saya dapat...hehe perasan kan. Bayangkanlah dah siap iron baju bagai, resume dah print,2 jam sebelum interview saya buat keputusan 'reject interview'.

Kenapa? tiadalah yang lain melainkan kerana 'anak'...ya macam mana saya boleh terlupa yang Arif masih dalam rawatan Pakar. Ya Rab mama apa la saya ni, nak bagi anak yang masih dalam rawatan tinggal dengan pengasuh. Mungkin sebab 'excited' saya terlupa...

Excited ke, mahu tak excited, company idaman tu hehe, tak adalah, dulu mungkin ya, tapi tidak sekarang. Dah setahun duduk di rumah lagi best duduk rumah jaga anak.

Cuma masalahnya sekarang kos hidup makin meningkat, harga barang naik belaka. Itu yang saya fikir kena keluar bekerja untuk bantu en. asben.

Tapi bila difikir semula, sanggup ke saya nak ambil risiko? antara anak dan kerjaya,,demi anak dan en. asben pun masih mampu seadanya setakat ini, saya rela berkorban...ya berkorban.

Kerja boleh cari lagi, tp anak yang sorang ni tiada galang gantinya...dahla banyak kes baby meninggal di taska sekarang, semoga Allah melindungi saya dalam menjaga anak-anak di rumah sekarang. Amin...

2. Selamat datang yang baru....ya selamat datang pada Bisnes saya yang baru, bersama doa dan Tawakal saya mulakan usaha menjual buku-buku keagamaan, kekeluargaan, motivasi, sejarah...tulis panjang

Sudikanlah  ke page FB saya ni Koleksi Buku Ilmiah, please^^  like dan promotkan page saya ni di FB anda.

Setiap 'like' yang anda sumbangkan sangat-sangat bermakna bagi saya, apalagi kalau anda menjadi pelanggan yang membeli buku-buku di page saya ni, itu bermakna anda telah menyokong usaha saya untuk bekerja dari rumah.

Sebahagianya adalah rezeki anak-anak saya yang dapat peluang untuk dijaga oleh tangan mamanya sendiri, walau tak sesempurna mana, hanya Allah yang maha Mengetahui.

Bagi ibu yang bekerja jangan anda rasa terkilan pula membaca entri saya kali ni, setiap ibu nak jaga anak sendiri, tapi kadang kala bukan semua keinginan kita boleh tertunai kan?

Saya tahu anda juga berkorban untuk keluarga, ya! berkorban perasaan terpaksa meletak anak di taska demi menolong suami mencari rezeki.

Saya pernah bekerja di luar, saya sangat faham perasaan itu. Risau sangat keadaan anak-anak, hanya doa mampu diberi.

Oleh itu mama,ibu,ummi dan semua yang sudi support page bisnes saya ni, hanya ALLAH S.W.T SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA.

Alhamdulillah....
Semoga kalian juga 'bahagia' dengan hidup masing-masing ya!

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.