Saturday, 21 September 2013

Kali pertama ke Festival Kucing


Minggu lepas berpeluang bawa anak-anak ke festival kucing. Kali pertama kami pergi tengok kucing di festival. Biasanya tengok kucing di Pet world, Mid Valley je. 

Ramai betul peminat kucing!

Orang dalam rumah ni boleh di katakan semua peminat kucing, tapi malangnya kami tak boleh nak bela kucing,, dah ada pengalaman kucing mati terjun bangunan.

Sedihnya tak terkata, jatuh pula dari tingkat 16,,rasa bersalah sangat..sejak hari tu, walau macam mana merengekpun si kakak nak bela kucing, memang tak dapat nak izinkan.

Cakap pada anak-anak, nanti bila rumah kita atas tanah, kita bela kucing, siap kita buat kandang kucing lagi nanti. Amin..

Menarik tentang kucing, Kucing dikatakan haiwan kesayangan Rasulullah, berdasarkan riwayat

Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, 

"Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Berdasarkan kajian sains, sesiapa yang memelihara kucing telah mengurangkan 'tekanan' dalam hidupnya, kerana kucing adalah antara terapi minda yang terbaik kepada manusia.

Kucing banyak jenis, antara yang menjadi impian saya nak bela ialah kucing jenis 'british shorthair', comel sangat dan bulunya yang macam karpet tu memang menarik!








No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.