Thursday, 15 August 2013

Ustaz Terkenal kahwin lagi...

Diam tak diam, ustaz yang saya hormati ini dengar cerita dah tambah satu lagi cawangan. Hah..tak berniat nak mengumpat, cuma saya berminat dengan isu poligami yang sentiasa jadi topik hangat terutama bagi kaum mak-mak.

Perempuan mana yang suka bermadu ya tak, wanita mana yang suka berkongsi kasih? Jawapannya ada pada diri masing-masing.

Ada kisah yang saya ingin kongsikan. kisah benar tentang hati seorang wanita yang sanggup berpoligami. Bukan orang lain, nenek saudara saya sahaja.

Oleh kerana dia tak mampu memberi zuriat pada suami, dia sanggup pergi pinangkan isteri baru untuk suaminya, supaya suaminya boleh dapat anak.

Bukan setakat tu sahaja, dia juga yang tolong jaga si madu semasa dalam pantang bersalin anak-anak suaminya.

Mula-mula saya mendengar rasa macam tak percaya, ada ke manusia secekal itu...tapi orangnya pernah saya jumpa.

Ada satu kisah pula, dia sanggup bercerai dengan suaminya kerana tak sanggup menanggung dosa tak mampu melayan kehendak suami.

Nak izinkan suami bermadu, cumburu membakar hati...nak layan tak mampu, jadi dia ambil keputusan berpisah dengan suami tercinta...sedihkan.

Kalau ada orang tanya saya sanggup bermadu? Jawapannya hanya Allah s.w.t yang lebih tahu. Tapi kalau tanya en.asben, dia cakap sebelum nak bagi madu, abang kena belajar ilmu kebal dulu hehehe...

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.