Sunday, 4 August 2013

Pengalaman bersalin di HUKM


Tiga tahun lepas saya bersalinkan Ali di hukm, sekarang dikenali sebagai PPUKM. Bagi saya hukm merupakan salah satu hospital yang terbaik bagi bakal ibu yang masih mencari-cari hospital untuk bersalin.

Bagi mereka yang duduk berdekatan kawasan cheras, seri kembangan,serdang, sri petaling hukm merupakan antara hospital separuh kerajaan yang terdekat.

Untuk bersalin di sini, bagi kaki tangan kerajaan hanya perlu surat jaminan sebagai penjawat awam untuk bersalin.

Tapi bagi pekerja swasta anda perlu membayar sendiri kos bersalin di hukm. Dulu kos deposit bersalin di hukm hanya RM350, tapi sekarang deposit kos bersalin di hukm dah naik RM750 seperti di bawah


Sepanjang proses saya bersalin di hukm boleh dikatakan saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang di berikan.

Masa di sana saya masuk wad bersalin biasa, oh ya hukm cuma ada wad biasa dan wad specialist. Tak ada kelas macam hospital penuh kerajaan.

Untuk wad specialist kosnya lagi tinggi dan biasanya orang panggil wad  'private wing'. Walau macam manapun wad biasa di hukm pun dah sangat memuaskan hati bagi saya.

Ruang antara katil luas dan selesa. Tandas bersih dan mencukupi untuk para ibu.

BELI  Drypers Newborn ----> DRYPERS NEWBORN

Bersalin di sini, suami memang tak boleh tunggu isteri di dalam wad seperti juga wad hospital kerajaan yang lain. Tapi masa isteri bersalin, suami boleh temankan isteri di 'labour room'. Gas untuk tahan sakit pun ada disediakan.

Antara yang menarik di sini, nurse akan tolong kita mandikan baby, jadi tak perlu kita nak tunggu mak atau suami datang tolong mandikan baby.

Bagi yang nak suami temankan di wad, anda boleh pilih bersalin di private wing. Biliknya perseorangan dan kosnya juga lebih mahal dari wad biasa. Dari info yang saya dapat, kakitangan kerajaan yang nak masuk private wing perlu biaya kosnya sendiri.

Untuk keterangan lanjut anda boleh call hukm di 03-9145 5555


25 comments:

  1. Setuju sangat...wad bersalin ppukm mmg terbaik. Ketiga2 anak saya lahir di ppukm meskipun saya tinggal di shah alam. Jarak bukan halangan utk servis yg sgt memuaskan hati.

    ReplyDelete
  2. boleh request dr perempuan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya x boleh, tapi untuk kepastian elok call hukm dan bercakap di bahagian ginekologi untuk kepastian. TQ

      Delete
  3. Kalau masuk private wing boleh request doctor tp kalau hukm biasa tak boleh...

    ReplyDelete
  4. Kalau hukm.private wing namanya ukmsc.. situ blh request doctor pakar. Tp kalau hukm semi gomen tu tak boleh request doctor

    ReplyDelete
  5. Kalau masuk private wing boleh request doctor tp kalau hukm biasa tak boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Fiza atas info, semoga dpt bantu mama2 yg tgh pilih hospital mana nak bersalin nnti,,yg private wing ni tak boleh guna GL gomen kan? klu x silap....comeynya baby geram tgk...

      Delete
  6. Tq share info...mmg tgh cri hosptal utk bersalin

    ReplyDelete
  7. Noted, terima kasih puan, maklumat penting untuk saya.

    ReplyDelete
  8. nasib puan baikla.. kwn2 sy y bersalin kt sana semua dilayan mcm nak taknak.. sy y booking ngn hukm pn terus x jd nk bersalin kt sana.. mula2 dgr kwn2 crita.. bila pergi melawat.. mmg betul pn worse! trus cancel..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah,,mmg kdg2 rezeki kita jg kan bila dpt servis masa bersalin yg baik, sbb kat hospital ampang saya sebaliknya :)

    ReplyDelete
  10. Salam. Dekat UKMsp tu ada Prof Dr Harlina tak?

    ReplyDelete
  11. Waalaikumsalam, saya tak pasti. Boleh cuba hubungi diaorang untuk maklumat lanjut;

    UKM Specialist Centre

    7th Floor, Clinical Block, UKM Medical Centre

    Jalan Yaacob Latif,
    56000 Cheras, Kuala Lumpur
    General Line : 03-9172 6064 / 7326
    Email : marketing@ukmsc.com.my

    Specialist Clinics
    Enquiries / Appointments : 03-9145 7776 / 7777
    Registration / Admission : 03-9145 6288
    Email : info.ukmsc@gmail.com

    Pharmacy : 03- 9145 7751
    Medical Records : 03- 9145 6284 / 7828
    Billing : 03 – 9145 6443 Fax : 03- 9172 4591

    ReplyDelete
  12. Assalam. Maaf bertanya. Jika bersalin normal di hukm, labor room nya macamana? 1 bilik seorang atau 1 dorm kongsi ramai2 yg dipisahkan dgn tirai? Tq so much sudi berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, setakat yang saya tahu, Labor Room sorang satu. Tapi untuk pengesahan lanjut boleh call hukm untuk minta kepastian.

      Delete
  13. Sy baru lepas bersalin di hukm private
    Mmg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah :), boleh share x brp kos bersalin di HUKM Private sekarang?

      Delete
  14. Saya deliver di PPUKM (semi-gov). From emergency ward hingga lah ke ward biasa dan disorong to labor room and the staff & doctor very nice, friendly and supportive! Comfortable and spacious labor room setanding private hospital. During my pregnancy i have a skin problem and after deliver tiba2 ada doktor pakar and team from dermatology datang visit saya. Quite surprise sbb saya takde order apa2 pun. Saya diberi ubat dan masa nak bayar bill perkara yang paling mngejutkan saya adalah TIADA SEBARANG CAJ yang dikenakan selain kos bersalin. Saya dan husband puas hati sgt2 syukur proses bersalin berjalan dengan baik sekali. For 2nd baby insyallah, PPUKM tetap dihati! Bill saya hanya RM650 shj. Tapi layanan masyallah baik sekali. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Nak tanya, deliver di PPUKM ada kena bayar deposit tak? Thank you.

      Delete
    2. Biasa kena byr deposit dulu, masa discaj wad, dia akn kira balik, klu ada penambahan atau pengurangan.

      Delete
    3. Ok tq sis, Lg satu nak tanya, bilik/wad utk ibu lepas bersalin mcm mana ya? Share brp org ye? Sbb tak silap sy, HUKM takde single/double room kan? Thank you.

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Salam nak tanya..

    Kalau nak deliver di HUKM wad biasa kena register dulu ke? Maksud saya.. kena ada few check ups dibuat dengan HUKM sampai waktu deliver? And xboleh walk in ke untuk nak bersalin biasa?

    Sebab yang saya tengok pakcage RM850 bersalin normal, and RM500 deposit. Tapi xberapa sure itu untuk package atau walk in.. boleh sesiapa terangkan? Saya masuk website HUKM pulak tulis rm20p untuk bersalin biasa.. jadi saya confuse..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, biasanya kena booking dulu, tp kalau nak walk in teruspun boleh kalau tak silap, deposit samada booking/walk in mmg kena byr sblm masuk wad bersalin. Untuk kepastian elok call terus bahagian O&G ppukm.

      Delete
  17. Normal n vacumm plus bilik single rm2.9k

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.