Sunday, 4 August 2013

Pencinta Bunga



Bunga-bunga pelbagai jenis ni adalah koleksi bunga emak tersayang di kampung. Mak saya memang suka tanam bunga, termasuklah saya kalau lah duduk rumah yang ada tanah, bunga adalah antara pokok yang saya akan tanam.

En. asben cakap, 'ha ah mama suka tanam bunga, yang jaga dan siram nanti babah' haha..dia tahu saya mesti culas nak jaga bunga-bunga tu nanti.

Bagi pencinta bunga , pantang nampak spesis bunga yang baru, mesti nak dapatkan dan tanam. Terutama bunga yang cantik-cantik.

Antara koleksi bunga mak yang ada adalah bunga orkid. Masa kecil dulu selalu lah kena siram pokok orkid dengan air basuhan ikan, petua nak suburkan pokok orkid.

Selain tu saya suka sangat bila dapat peluang ketuk arang atau pasu pecah dan kutip sabut kelapa untuk tolong mak tanam pokok orkid. Pasal dapat bermain sekali hehe.

Bagi mereka yang ada halaman rumah, tanamlah sepasu dua bunga buat penyeri rumah. Bunga bukan sahaja cantik di pandang malah warna bunga yang pelbagai adalah terapi minda yang baik untuk ketenangan.

Tempat bunga murah di Sg. Buloh. Pasu pun banyak dijual di sana. Apa lagi esok boleh pergi beli pokok bunga....






No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.