Sunday, 4 August 2013

Kisah Pagar Baby (babygates) brand Sweet Cherry



Bagi sesiapa yang ada anak kecil yang dah mula pandai berjalan dan memunggah barang, pagar baby memang perlu ada di rumah.

Masa mula nak beli pagar baby ni puas saya dan en. asben mengugel maklumat nak beli yang jenis macam mana. Oleh sebab Ali selalu masuk bilik memunggah barang dan kacau baby, keputusan membeli pagar memang tak boleh ditangguh lagi.

Jadi seharian en. asben mencari kedai yang ada jual pagar baby, bila dah jumpa pagarnya kecil sangat pula bab kata tauke kedai ini brand 'cap ayam'. Kalau dapat ke Ali, sekejap je dia repair hehehe. Inipun pagar yang ada dia dah buat banyak percubaan nak buka dan panjat masuk bilik. Setakat ini masih belum berjaya.

Akhirnya jumpa yang sesuai di Jusco, brand Sweet Cherry harga asal RM170, ada less dapatlah RM140++, nasib baik.

Owh, baby gates ni senang nak pasang pada pintu, tak perlu tebuk lubang, konsepnya palang pagar di ketatkan merentasi ruang pintu. Kalau nampak tapak bulat tepi pintu hanya perlu pusing sampai ketat ke dinding pintu. ~abaikan rumah yang bersepah




Bila dah pasang baby gates ni mudah sikit kerja, tak perlu nak jerit-jerit selalu pada Ali, jangan itu, jangan ini.Tapi sebagai mama, terdetik sayu di hati bila tengok dia duduk berdiri di pagar nak masuk bilik tak dapat terutama masa saya susukan Arif.

Dia macam tersisih gitu....hai anak, bukan mama tak nak layan Ali tapi mama terpaksa layan Arif dulu...ini antara dilema perasaan seorang mama bila terpaksa menjaga dua anak kecil sorang umur dua tahun setengah dan sorang 3 bulan, hmmm... kesian sungguh..

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.