Friday, 2 August 2013

Kenangan Kuih Badak Berendam



Memang dah lama saya tak  makan kuih badak berendam, masa balik berbuka puasa di kampung Temerloh, Pahang, tiba-tiba si kakak bawa balik sekeping dalam polistren.

Mama, tengok ni kuih apa? Bila saya tengok terus terimbas di fikiran saya arwah wan (nenek) sebelah mak, yang sangat rapat semasa saya kecil. Tanya kakak berapa harga kuih ni, RM2 ringgit je mama, hmm boleh tahan harganya sekarang.

Kuih ni di katakan antara kuih tradisional negeri Pahang, kalau di KL memang susah nak jumpa. Mak saya cakap dulu arwah Wan rajin buat kuih ni, cuma di ingatan saya bila saya ikut Wan pergi pekan sehari/pasar tani beliau pasti akan beli kuih badak berendam untuk saya.

Masih saya ingat, kuih ni memang sedap dan rupanya memang agak pelik bagi saya yang masih budak masa tu. Rindu saya pada arwah bila tengok kuih ini, semoga arwah damai dan tenang di perhentian Barzakh, Al-Fatihah.

Resepi kuih Badak Berendam

bahan inti
1 biji kelapa parut

2 keping gula kabung

1 helai daun pandan
gula pasir secukup rasa
1/2 cawan air


bahan doh

1 paket tepung pulut

1 cawan tepung pulut hitam
air secukupnya


bahan kuah

4 cawan santan

1cawan tepung gandum
sedikit garam


cara inti

1. campurkan semua bahan inti dalam kuali

2. masak atas api kecil hingga bahan pekat dan agak kering.

3. angkat dan sejukkan.
4. kemudian ambil sedikit dan bulat2 seperti guli.



cara doh
1. campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh.

2. ketepikan.



cara kuah
1. masukkan santan, tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk 

2. dan kacau hingga sebati 

3. ambil penapis dan tapis bahan ini bagi mengelakkan tepung yang berketul2.
4. ketepikan.




cara memasak
1. ambil sedikit doh, bulatkan dan leperkan

2. ambil sebiji inti dan letakkan di atas tepung tadi.

3. tutup dan gentel bulat.
4. ulang proses hingga tepung dan inti habis.
5. letak beberapa biji kuih dalam loyang yang telah di lapik dgn daun pisang.
6. letakkan kuah di dalam loyang.
7. masukkan dalamperiuk kukus
8. biar sehingga masak selama 20minit.
9.sedia utk dihidang.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.