Thursday, 22 August 2013

Bas Terjun Gaung- Senarai Mangsa Terselamat




KUALA LUMPUR - Seramai 37 terkorban manakala 16 cedera, dalam nahas bas ekspres yang membawa 53 orang, terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands hari ini.
   
Mangsa yang maut terdiri daripada 27 lelaki dan 10 wanita, kata Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid.
   
Antara yang terbunuh dalam tragedi itu ialah warga Bangladesh, Thailand dan China.
   
Mereka yang cedera termasuk yang dilaporkan kritikal kini dirawat  di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (lima), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.
   
Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.

Kira-kira 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian.
   
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian.
   
Soiman berkata punca kemalangan belum diketahui dan pihaknya juga masih belum menemui saksi kejadian.
   
"Tapi kami merasakan keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya. - Bernama




Pemandu Bas - Maut

Separuh Kritikal

1. Raawnok Arefin, 14, M, Bangladesh
2. Nur Syamimi Ja'afar, 25, F, Malaysia
3. Nur Fathiah Ja'afar, 21, F, Malaysia
4. Rashidah Buyah, 50, F, Bangladesh
5. Andri Purwaidi, 25, F, Indonesia


Kritikal
6. Nurul Quraitul Aini, 19, F, Malaysia
7. Rezyan Arefin, 24, M, Bangladesh
8. Nur Fridil Gusman, 23, M, Indonesia.
Nombor 1 dan 7; 2 dan 3 adik beradik.

Senarai mangsa terselamat HKL:

1. Wong Teraphong, 63, M, Thai
2. Saidah, 19, F, Malaysia
3. Razif, 26, M, Malaysia
4. S.E Ali Haider anak kepada Shyed Haider, 46, M, Bangladesh
5. Tan Min Shing, 26, M, Malaysia

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.