Friday, 9 August 2013

Apa yang sedih sangat?


Haih,,,mahu tak sedih masih tak dapat balik kampung huwaaa!! Kancil tuaku sakit di tengah jalan.

Tak sempat keluar KL, on the way tiba-tiba berasap, hampir semua kereta yang selisih dok hon, hon tengok asap putih berkepul-kepul belakang kereta. Nasib tak tersadai di highway,kalau tak lagi haru dibuatnya.

Terpaksalah berpatah balik, sementara nak sampai semula di rumah singgah bengkel, mekanik cakap 'ini wo memang tak boleh repair sekarang, makan minyak hitam' lagik...

Nak repair ambil masa 3 ke 4 hari, cerita pada apek mekanik tu dah 3 kali masuk bengkel ni apek, dia kata 'overhaul' jela kalau nak elok...huwaaa, 

Sedihnya Allah sahaja yang tahu, tapi buat-buat relaks depan anak-anak, si kakak dah bising, nak balik raya kampung, nak balik kampung!

Lepas singgah bengkel sampai di rumah terus fikir macam mana nak buat...nak balik naik bas, barang je dah selori kecik, huhu mana tak barang ali&arif je dah berapa beg.

Maka sibuklah menelefon kereta sewa, hampess semua full ada sebuah free tapi kos sewa rm750 campur deposit, tak mampu.. teksi pun tak boleh kompom dapat hantar ke tak, sebab ramai yang kejer luar. Hantar orang balik kampunglah tu..

Sibuk itu ini, tengok dah dekat buka puasa, cakap pada kakak kita tak dapat balik raya tahun ni, menangis dia bila dengar. Sebak hati...tapi nak buat macam mana,,esoknya dah nak raya.

En. asben pujuk, takpa kita raya di masjid je, boleh belajar sembahyang sunat raya terus, happyla sikit dia, tapi masih lagi bising pasal nak raya di kampung.

Hmm, siang tadi anak saudara en. asben bagitahu dah ada kereta lain, bolehla nak balik raya.. Insha Allah pagi ni boleh la balik, kalau tak lepas juga maknanya memang dah 'takdir' tak balik raya tahun ni...huhuhu sabo jela...


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.