Saturday, 24 August 2013

Aku bukan seorang syahiddah...



Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha Penyayang...yang menguasai sekalian di langit dan bumi, yang memegang setiap detik jiwa insan di muka bumi ini.

Ketika jari kotor ini menitipkan setiap kata-kata, hanya Allah s.w.t yang mengetahui betapa sedih dan pilunya hati melihat mayat kanak-kanak syria yang mati bergelimpangan akibat kekejaman seorang yang bernama PEMIMPIN.

Hati seorang ibu takkan pernah tenang melihat peristiwa seperti ini melanda dunia, kerana penderitaan setiap kanak-kanak ini tidak dapat terbayangkan jika ia berlaku ke atas anak-anak kita. Adakah kita boleh menjamin bahawa perkara seperti ini tidak akan menimpa kita?

Betapa nyawa manusia serapuh ini, janji alami yang bernyawa pasti mati. Namun berapa sangat antara kita yang sedar masa yang ada di dunia ini hanya sementara. Orang yang dikasihi mungkin akan diambil sekelip mata oleh Maha Pencipta.

Ah, lantaklah yang mati bukan anak kitapun, yang berperang bukan negara kitapun, tapi sekali lagi Adakah kita boleh menjamin bahawa perkara seperti ini tidak akan menimpa kita?

Mungkin kita tidak sedar, secara dasarnya kesilapan memilih pemimpin akan mengakibatkan perkara seperti ini berlaku. Anak kecil dibunuh, wanita diperkosa, orang tua diseksa. Secara umumnya rakyat dibunuh oleh pemimpin sendiri. Dimana silapnya, jika dibaca sejarah pelbagai spekulasi dibahaskan, yang mana satu benar atau tidak hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui.

Secara zahirnya, pemimpin apa yang sanggup membunuh rakyat sendiri seperti membunuh serangga? Alangkan haiwan seperti kucing dan anjing jika dibunuh secara rambang pun persatuan pencinta haiwan akan menentang malah sanggup berpiket. Inikan pula nyawa manusia.

Bagaimana anak-anak manusia ini boleh diracun, pihak dunia hanya boleh berpejam mata, mana pergi pengerusi Persatuan kanak-kanak sedunia? Mana pergi UNICEF?

Bila yang zalim diangkat menjadi pemimpin, kesannya memang kita tidak akan nampak sekarang. Malah ada yang lantang berkata 'biarlah pemimpin korup yang penting negara aman, yang penting hidup senang'. Biarlah pemimpin kaya, bukan kita tak boleh makan, cintanya kita pada keamanan dan kesenangan hingga culas dalam tanggungjawab mengangkat seorang pemimpin. Tidak kita sedari...

Islam telah menggariskan panduan bila memilih pemimpin, namun berapa ramai antara kita yang tahu. Apa perlu ambil tahu, lebih baik menghafal lirik lagu. Islam telah menurunkan Al-Quran untuk kita jadikan panduan, apa perlu Al-Quran, baca sahajalah tak perlu faham kandungan. Islam telah lama mencintai keamanan, jika begitu mengapa asyik berperang? Al-Quran telah menceritakan bahawa golongan mushrikin tak akan pernah berdiam diri sehingga hari kiamat.

Tahukah anda wahai saudara seislam, peristiwa dunia ini telah dinyatakan di dalam Al-Quran. Allah telah lama memberi kita 'amaran'.  Tanpa kita sedar 'keamanan' yang amat dicintai itu sekelip mata akan hilang kerana kesilapan kita memilih permimpin.

Kerana yang nyata pemimpin yang korup mustahil tidak akan berlaku 'zalim' demi kepentingan periuk nasinya sendiri, demi kepentingan anak cucunya sendiri, demi kemewahan dunia yang telah mereka kecapi. Apa mungkin setelah berpuluhan tahun nyaman di bawah istana nan indah pemimpin ini sanggup menjatuhkan diri sendiri. Sedarlah kawan...

Jika negara berperang golongan manakah yang akan meninggalkan negara terlebih dahulu. Adakah pencinta keamanan sanggup duduk di dalam negara yang berperang?

Hah, sebab itu kita perlu cari duit banyak-banyak jika negara berperang kita boleh pergi luar negara. Bawa semua cucu cicit supaya tak jadi mangsa sepeti anak-anak di syria ini. Kalau tak nak berperang ikut sahaja kata pemimpin zalim janji aman.

Biar saja Al-Quran dibelakangkan, walau jelas nyata Allah telah memberi amaran pada hambaNya bahawa kesilapan memilih pemimpin akhirnya menyebabkan negara tidak akan aman, mengapa begitu? Rakyat miskin yang tertekan oleh sistem pentadbiran yang zalim, satu masa angkat bangkit menentang! pencinta kebenaran akan bermatian berjuang, di ketika itu di mana kita pencinta keamanan?

Adakah kita akan melarikan diri dari negara yang telah bertukar menjadi medan perang? Bagaimana pula hukum kita meninggalkan medan perang kerana mencari keamanan dan takut mati?

Pencinta keamanan mampukah anda syahid? Mampukah anda mengorbankan harta benda demi mempertahankan negara yang di cintai? Namun jiwaku ini belum syahiddah...aku belum mampu, tidak sanggup jika anak-anaku diperlakukan seperti di Syria,di Mesir sedangkan aku tahu anak, suami, isteri hanyalah pinjaman di dunia ini.

Nah..bagaimana dengan peringatan dari Al-Quran itu?

Sahabat pencinta keamanan, berjuanglah terus sedari dasarnya, pilih pemimpin yang mencintai rakyat. Jangan pernah gentar dengan ancaman, kerana janji 'keamanan' itu hanya ada pada pemimpin yang tahu membezakan kemungkaran dan kebaikan. Kerana pemimpin yang baik itu tidak akan pernah 'zalim'.


Bantu mereka https://www.facebook.com/syria.care


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.