Monday, 8 July 2013

Usaha Rawatan Arif 3 ~ Ujian MRI - Magnetic Resonance Imaging



Lepas discaj dari wad 28 Jun 2013, Dr. bagi tarikh temujanji 5 Julai 2013 untuk Arif buat scan MRI, tujuannya sama macam EEG, untuk diagnos punca sebenar Arif diserang sawan.

Apa itu MRI?


Magnetic Resonance Imaging (MRI) adalah imbasan yang bukan standard sinar-X, menggunakan medan magnet untuk membentuk gambar badan. Ia juga membantu untuk menunjukkan keratan rentas organ-organ dan badan dalam 2 dan 3d menggunakan komputer.
Kerana ia boleh digunakan di mana-mana bahagian badan termasuk tisu lembut dan otak, jenis scan boleh membantu untuk mendiagnosis banyak keadaan perubatan dan memantau keadaan pesakit.
Untuk buat MRI Arif kena masuk wad Daycare, bertujuan pemerhatian sebelum dan selepas scan di buat.
Oleh sebab MRI ni komplikated sikit prosedurnya, jadi terpaksalah masuk wad walaupun cuma beberapa jam.

Sebelum scan, baby kena puasa 4 jam terlebih dahulu. Kesian Arif jam 4 pagi saya dah mula puasakan dia, walaupun dia merengek-rengek minta susu saya tahan juga hati untuk tak menyusukan dia. Sedih dalam hati Allah s.w.t je yang tahu.


Sampai saja kat wad dalam jam 8.00 pagi, Dr. ambil untuk pasang 'line' masuk air kat kaki Arif. Masa menunggu dengarlah dia meraung-raung menagis kena cucuk, tambah dengan lapar lagi,,sabar aje.


Sebagai persiapan kecemasan, nurse dah siap bawa segala perlatan termasuk tong oksigen kecik yang diangkat sekali naik katil.


Scan bermula dalam 8 setengah pagi, nurse tanya siapa nak masuk temankan baby, en. asben suruh saya je yang masuk sebab sekurang-kurangnya saya boleh kongsikan pengalaman macam mana prosedur MRI dijalankan.


Sampai di bilik scan, sebab masih baby, Arif dibagi makan ubat tidur guna picagari. Nak menunggu sampai Arif tertidur, menahan hatilah saya tengok Arif meraung menangis masa kena makan ubat.


Bila baby dah tidur, juruxray pun ambil dan letak arif atas katil macam gambar di atas, dibedung dan diselimut tebal sebab memang dalam bilik tu sejuk sangat.


Bahagian kepala Arif ditutup dengan alat khas dan telinga pun di'cover' dengan sponge kalis bunyi untuk elak Arif terjaga bila dengar bunyi bising MRI. Alat kesan denyutan jantung pun dipasang pada kaki.

Saya diberi earphone besar untuk 'cover' bunyi bising masa proses scan. Mula-mula bestlah dengar rentak muzik rancak, lepas tu walaupun pakai earphone bunyinya berubah dan bingit macam bunyi kapal yang nak berlepas dan berlabuh kat laut. Bukan tu je, bunyi macam kontraktor buat bangunanpun ada juga.

Proses scan ambil masa dalam 30 minit, duduklah saya tepi katil sambil doa janganlah Arif terjaga sebab bunyi mesin tu memang sangat bising.

Bila dah siap, Arif di hantar semula ke wad, kena tunggu sampai dia jaga dan saya susukan dia, bila Dr. check dah ok, baru boleh balik.

Kos untuk MRI ni dalam RM700 untuk Arif, mungkin kos berbeza-beza antara pesakit sebab MRI ni bukan untuk otak sahaja, satu badan pun boleh scan.

Macam Arif, scan yang Dr. buat memang khas untuk kesan punca epilepsi.

Lepas siap semua rawatan, nurse bagitahu temujanji seterusnya ppukm akan call. Tak sabar nak tahu keputusan MRI sebab setakat ni diagnosis yang dah dibuat, dari ultrasound, eeg, ujian darah, boleh dikatakan keputusannya normal. Tinggal lagi ujian mata pula nak kena buat nanti. Harap-harap biarlah normal semuanya. Kalau semua normal, itu bermakna Arif memang sihat.






No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.