Monday, 8 July 2013

Usaha Rawatan Arif 2 ~ Ujian EEG - Elektroensefalograf





Masa Arif masih dalam wad 27 Jun 2013, Dr. minta buat ujian EEG pada Arif. Tujuan buat untuk cari punca Arif kena sawan. Mula-mula dengar saya 'confuse' juga sebab memang tak pernah dengar tentang ujian ni. 

Bila student medic hukm yang datang study pasal Arif, saya ambil peluang tanya benda apa ujian EEG, ini jawapan paling 'simple' untuk diaorang bagi saya faham, 'akak tahu tak yang ujian pada orang yang cakap benar tu...?' bila dengar je soalan tu baru saya dapat bayangkan ujian yang Arif nak kena buat.

Apa itu EEG?

Ujian untuk mengesan keabnormalan aktiviti eletrokimia dalam otak seseorang. Kelainan fungsi otak akan dikesan melalui gelombang yang di hasilkan oleh otak. Contoh graf gelombang dari otak yang direkodkan.

Contoh Graf


Untuk baby ujian bahagian pertama mesti dibuat masa tidur, sebelum buat ujian ini, Dr. suruh pastikan Arif tidur untuk mudahkan kerja nak pasang wayar-wayar kat kepala Arif macam dalam gambar.

Ada 25 wayar yang nak kena lekatkan di kepala, wayar dipasang untuk kesan gelombang dari otak semasa tidur. 

Bila gelombang otak baby semasa tidur dah direkod melalui skrin komputer, baby kena bangun pula untuk rekod gelombang otak masa keadaan sedar. Ujian akan ambil masa lebih kurang 1 jam.

Kos untuk buat ujian ni dalam RM50 ke atas, kos sebenar sayapun tak pasti. Keputusan EEG biasanya keluar lepas pakar buat analisis. 

Buat masa sekarang keputusan sebenar keadaan Arif belum keluar lagi, tapi secara tak rasminya, Dr. cakap keputusannya normal.














No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.