Monday, 29 July 2013

Servis Kancil oh Kancil!



Lepas orang sakit, sekarang kereta pula yang sakit. Kereta adalah satu perkara yang buat saya obses, oleh sebab saya cumalah seorang mama, kerjapun 'on off' jadi saya hanyalah layak pakai kancil sahaja.

Inilah kereta pertama yang saya beli masa kerja dulu. Owh keter en. asben lagi canggih **^^__________^^ 
Pernah orang tanya suka gelang yang macam mana, rantai patern apa, saya cakap kalau bagi pilihan saya nak kereta.

Dulu zaman sekolah excited betul kalau dapat tengok mazda astina dan Honda Civic, sekarang tak tahu yang mana satu kereta idaman sebab banyak sangat yang best-best! CRV baru macam menarik juga....walaupun ramai peminat Toyota di sini, saya dari dulu adalah peminat Honda.

Oleh sebab saya peminat kereta, jadi apa saja masalah pasal kereta semua saya sibuk nak tahu. Sampai naik boring agaknya adik mekanik layan soalan saya.

Masuk kali ni dah 3 kali bawa pergi bengkel, demam yang tak kebah-kebah, 'temperature' naik. Sebelum tu kabel 'clutch putus' dah ganti baru kena lebih kurang RM85 juga, wah lepas ganti baru lembut je nk tekan clutch, kalau tidak ke main seksa nak tekan, lagi kalau sangkut dalam jem nak menangis kaki di buatnya.

Sebelum tu lagi, masa balik dari The Mines, boleh 'clutch' abis dekat tol sg. besi, tak pasal kitaorang satu family kena naik lori tunda balik ke rumah. Bawa bengkel kena ganti clutch baru lebih kurang RM400 lebih melayang. Yang jadi mahal pasal 'compact car' kena angkat enjin,, Sabo je la..

Dah abis sakit clutch, temperature pula buat hal, Bawa pergi bengkel pertama, cakap mungkin ada bocor, makan minyak hitam, nak kena angkat enjin, budget RM200 ke atas. Saya tak puas hati bawa ke bengkel yang dah biasa pergi.

Adik mekanik cakap tak bocorpun, cuma oil filternya kong cap ayam..pulak, ganti dan servis balik kena RM100. Dah repair dan servis semula, panas tak turun juga, bawa lagi pergi bengkel, motor kipas pula rosak, ganti kena lagi RM100.

Bawa balik rumah, esok tengok demam kancil tak kebah lagi, aircond pula tak sejuk,bila on aircond je 'temperature' panas naik full, bawa pergi bengkel adik mekanik cakap ok je kereta tak panas pun. Boleh kat bengkel dia sihat sejahtera. Last cakap kat mekanik suruh servis aircond dan tambah gas, kenalah RM140.

Kancil-kancil dekat nak raya ni la banyak pula makan duit. Kalau tak sabar rasa nak let go je. Tapi sayang..sentimental value tinggi, haha. Boleh dikatakan setiap kali ke bengkel pakcik/adik mekanik mesti pesan, jangan jual kancil ni..tahan lasak,,sayang dah tak keluar dah sekarang.

Dalam hati memang tak akan jual Insha Allah, sebab jalan dalam KL ni bawa kancil paling senang nak menyelit dan parking lagi petrol jimat pun jimat. Huuhu cepatlah sihat kacil hoii,,Raya dah dekat ni...


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.