Wednesday, 17 July 2013

Kenangan bersama Abah

koleksi lukisan abah 


Jika abah masih bernafas di dunia ini semalam adalah hari lahir abah yang ke 61 . Kenangan bersama abah tak pernah saya lupa walaupun dah empat tahun abah pergi.

Arwah abah dulu memang sangat cerewet bab kesihatan kami adik beradik, ingat lagi bila abah suka bawa balik susu lembu segar dari ladang, dia masak susu dengan daun pandan campur gula dan suruh kami minum. Yang paling saya tak suka bila arwah abah akan pastikan kami makan minyak ikan cord yang warna putih tu, memang tak sedap.

Masa saya demam selain mak, arwah abah lah yang akan tuam kepala dengan air daun bunga raya. Bila sakit gigi malam-malam abah akan tumbuk bawang putih dan letak dalam lubang gigi. Kalau terlekat tulang ikan abahlah yang selalu suap air guna senduk supaya tulang ikan yang tersangkut keluar.

Kadang-kadang bila berkumpul adik beradik saya terfikir, alangkah seronoknya kalau abah ada bersama. Kadang-kala saya terfikir cepatnya abah diambil Allah s.w.t, tak sempat menikmati hidup bersama kami setelah kami bergelar ibu bapa, bermain dengan cucu dan melancong bersama anak-anak.

Takdir hidup kita siapa yang tahu, ajal dan maut memang dah ketentuanNya, bila saya rindukan abah, hanya doa dapat saya titipkan, walaupun ada sesal di hati sebab tak sempat membalas jasa, saya harap setiap doa ini akan disampaikan Allah s.w.t kepada abah di sana. Al-Fatihah...



SUBUH 15 Julai

Kerut wajahmu sayu..
Bertemankan dingin subuh..
Motor usang itu berlalu pergi
meninggalkan kami...

Ku renung,,ku simpan kemas tinggalanmu...
setiap subuh saat kau pergi,jaket usang itu setia menemani..

Abah,
hari ini hari 60 mu..
Setiap titisan air mata ini mengucapkan sejahtera untukmu..
Sejahtera di perhentian kembara hidup azali..
Hidup yang lebih bahagia di sana...bukan seperti di sini..
Saat kau mengharungi dingin subuh itu berhari-hari...

Bertahunmu bertakdir hidup sepi..
Walau kau pamerkan senyuman..
sorotan matamu tetap kelam....disebalik tabir kasih tak kesampaian..

Abah,
Setiap janji itu pasti,,
Biarpun dunia ini tak seindah mawar berkembang pagi..
Siapa tahu keharuman kasihNya di sana?

Kami titipkan rindu sejahtera di hari lahirmu..
Aman bahagialah hidupmu di perhentian abadi..
Seiringi doa kami anakmu...

Damailah disana..disisi Rabbul Izzati...

~Sufi Ms~
15 Julai 2012

4 comments:

  1. Ya Allah...sedihnya entri ni..nak copy n kredit ke blog awak yekkkk :'(

    ReplyDelete
  2. Boleh,we share the same memory :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali baca sajak awak tu mesti angah menangis :'(

      Delete
  3. Mmm.. rupanya baru long tahu, bila kita menulis dengan perasaan, org yang baca dapat rasa,,TQ..jangan sedih,doa kan sahaja...

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.