Wednesday, 31 July 2013

Hati-hati! Serupa Tapi Tak Sama





Bagi sesiapa yang suka makan kokokrunch di sini saya nak kongsi pengalaman membeli kokokrunch di dua pasaraya yang berbeza.

Masa kali pertama beli dan makan dalam hati terdetik, sedap pula kokokrunch kali  ni terasa coklatnya dan tak berapa manis. Biji-bijinya pun nampak tebal dan warnapun lebih pekat dari biasa yang saya beli untuk anak-anak.

Bila dah habis sekotak, saya pesan pada en. asben beli lagi sekotak, sampai di rumah buka nak makan, tiba-tiba saya rasa lain dari yang saya makan sebelumnya. 

Bijiannya lebih nipis dan rasa coklatnya tak seberapa, manis yang lebih, kurang sedap! Hairan juga tak kan lah produk tiruan kot. 

Tak puas hati saya belek-belek kotak yang ada nak tengok apa perbezaannya. Nah, bila dah belek betul-betul baru saya perasan rupanya kokokrunch ni tak sama pengeluarannya. Yang sedap tu buat di Malaysia, yang 'kureng' tu made ini philipines...lorr boleh macam tu.


Jadi anda diluar sana, kalau nak beli kokokrunch atau apa barang pun, 'check' betul-betul erk, kot jadi macam ni frust juga bagi peminat tegar coklat..sebab Serupa tapi Tak sama Rasa,




Hmmm...mentang-mentanglah pasaraya yang satu ni suka promosi 'murah! murah! rupanya barang yang di jualnya pun ....bisnes mana yang nak rugi kan?



No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.