Monday, 8 July 2013

Episod Arif di serang Sawan/Epilepsi


26 Jun 2013 selama hayat saya ini kali pertama saya berdepan dengan anak sakit secara kecemasan!

Masa Arif kena serang sawan dalam pukul 2 petang. Saya sendiri memang tak tahu yang itu sawan. Lepas mandikan Arif saya pergi dapur buatkan susu Ali. Masa tu Arif tengah menangis dalam bilik.

Dah siap bila masuk bilik saya terus dukung Arif, tengok-tengok kepala dia dah pandang ke tepi je. Badan dia kejang semacam,Nafas tercungap-cungap tapi masih menangis.

Saya urut-urut badan dia, tiba-tiba Arif berhenti menangis terus lemah terkulai kat bahu. Macam pengsan, saya terkejut sangat, dalam hati terfikir 'Ya Allah, kenapa anak aku ni...bernafas lagi ke tak..', ambil handphone terus call en. asben, cakap Arif tak boleh bernafas.

Boleh pula saya tanya nak bawa pergi klinik ke hospital,,sebab masa tu hati macam tak percaya anak tiba-tiba sakit,,En. asben suruh bawa pergi bahagian kecemasan hospital je,sebab kalau tunggu dia takut lambat sampai.

Kelam kabut saya bersiap, Ali tinggalkan kat rumah dengan adik yang kebetulan juga tengah sakit, demam. Tak ada pilihan terpaksa tinggalkan.

Saya dukung Arif pergi ke hentian teksi, nasib dah ada satu teksi kat situ, cakap nak pergi hukm. Pakcik teksi tanya kenapa saya nampak kelam kabut,,, boleh pula pakcik tu cakap dia ingat saya tengah lari dari rumah,haha..Saya cakaplah baby sakit nak kena pergi hospital cepat.

Dalam teksi saya tengok Arif pejam mata tak bergerak, sayapun tak pasti dia tidur ke pengsan. Cuma yang saya pastikan nadi dia tetap berdenyut. Masa yang sama pakcik teksi cakap pada saya sabar dan tenang, Insya'Allah baby tak ada apa-apa.

Sampai bahagian 'kecemasan' pegawai bertugas check jantung, tekanan darah Arif dan tanya macam-macam soalan pasal Arif, saya ceritalah apa yang jadi. Diaorang masukkan terus ke wad kecemasan dan panggil Dr. bahagian pediatrik (kanak-kanak) turun untuk tengok keadaan Arif.

Lepas check, Dr. cakap Arif kena masuk wad pediatrik untuk rawatan lanjut, masa tu juga darah kena ambil untuk diagnos apa masalah sebenar. Dr. cakap dalam 2 ke 3 hari juga kena duduk wad, saya ikut je yang penting anak sihat.

Klik : Bermula Rawatan Arif di PPUKM


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.