Sunday, 7 July 2013

Penyakit Epilepsi/Sawan

Apa itu epilepsi/sawan?

simptom gangguan pada aktiviti elektrikal normal di otak yang berulang-ulang. Ia tidak dapat dikawal oleh kawalan voluntari. Hal ini menyebabkan terjadinya pelbagai simptom, yang bergantung kepada kawasan otak yang terlibat. Simptom yang paling biasa berlaku ialah keadaan tidak sedar diri secara tiba-tiba dan twitching pada seluruh badan.


Punca-punca


1. Pengaruh genetik. Sesetengah jenis sawan ada sejarah dalam keluarga, menjadikan ia mungkin terdapat pengaruh genetik. Penyelidik telah mengaitkan beberapa jenis sawan dengan gen tertentu

2. Trauma di kepala yang dialami semasa kemalangan kereta atau kecederaan trauma lain boleh menyebabkan sawan

3. Gangguan perubatan. Penyakit seperti strok atau serangan jantung boleh menyebabkan kerosakan kepada otak dan boleh menyebabkan sawan

4. Demensia adalah punca utama sawan di kalangan orang dewasa yang lebih tua

5. Penyakit seperti meningitis, AIDS dan virus ensefalitis juga boleh menyebabkan sawan. 

6. Kecederaan pranatal. Sebelum lahir, bayi terdedah kepada kerosakan otak yang disebabkan oleh jangkitan pada ibu, pemakanan atau kekurangan oksigen. Kira-kira 20 peratus daripada sawan pada kanak-kanak berkaitan dengan cerebral palsy atau masalah neurologi yang lain. 

7. Masalah pembangunan mental - Sawan kadang-kadang boleh dikaitkan dengan gangguan perkembangan yang lain, seperti Autisme dan Sindrom Down.

Jenis Sawan


Sawan menyeluruh tonik-klonik
  • Tidak sedarkan diri.
  • Menggigit lidah atau pipi.
  • Mengalami sentakan kaki dan tangan.
  • Pernafasan terhenti sementara.
  • Hilang kawalan usus dan pundi kencing.
  • Sembuh secara perlahan-lahan kemudian ia tertidur yang agak lama.
Petit mal
  • Tiada perubahan pergerakan dan kedudukan.
  • Keadaan tidak sedarkan diri yang datang untuk seketika (renungan kosong).
  • Kerlipan mata biasanya hanya merupakan manifestasi motor.
  • Serangan yang berulang-ulang (sehingga 50 . 100 kali setiap hari).
  • Sering terjadi di zaman kanak-kanak.
  • Boleh mengganggu pembelajaran.
Sawan Separa
Ia melibatkan sebahagian kecil otak dan boleh dikategorikan kepada dua jenis:
Separa Ringkas
  • Masih sedarkan diri.
  • Gejala dan tanda yang wujud akan menentukan kawasan fokus. elektrik contohnya sentakan satu tangan sahaja, terasa sesuatu yang aneh di sebelah kaki dan lain-lain lagi.
  • Mungkin terasa loya, berpeluh serta terbeliak mata.
  • Keadaan mental dan emosi yang ganjil seperti tindakbalas yang berlebihan terhadap bau dan rasa. 


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.