Sunday, 21 July 2013

Budak Lemas dalam Kereta ~ Antara Risiko Kemalangan Kanak-kanak


SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam.
Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.


Sebelum kejadian itu, Norzatusy Hazwa menghantar adiknya di Lapangan Terbang Subang sebelum terpaksa bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat.
Beliau yang tergesa-gesa dikatakan tidak menyedari anaknya tidur di bangku belakang kereta.Apabila kembali ke keretanya, Norzatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di bangku belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku.
Mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.


*** Menitik air mata saya bila baca berita di atas. Mangsa pula sebaya Ali, dapat saya bayangkan perasaan mak arwah. Mesti sangat sedih kehilangan anak secara tiba-tiba, lagi di bulan Ramadan yang Mulia.

Sebagai ibu saya tak berani nak komen apa-apa, kerana hidup ini Ketentuan Allah s.w.t. Semoga semua pihak yang terlibat sabar dan tabah mengharungi peristiwa sedih ini.

Jadi, saya kongsikan di sini kepada para ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa berhati-hati dengan risiko kemalangan yang mungkin boleh menimpa anak-anak kita pada bila-bila masa.

Berdoalah semoga anak kita sentiasa dilindungi daripada kemalangan yang menyayat hati.


Antara Risiko Kemalangan Kanak-kanak

a)  Terjatuh dan luka
1. Bayi di dalam walker/kereta sorong 
2. Sewaktu anak bermain di taman permainan
3. Tangga/atau memanjat tempat yang tinggi di rumah
4. Pengadang katil bertingkat- tersepit leher/kepala

b) Lemas
1. Baldi/tong yang berisi air
2. Beg plastik - menutupi muka
3. Kolam renang
4. Kawasan perkelahan cth: air terjun, sungai, laut
5. Selimut tebal
6. Tertinggal anak di dalam kereta


c) Keracunan
1. Ubat-ubatan
2. Cecair pencuci
3. Alatan pertanian seperti baja/racun

d) Tercekik
1. Gula-gula
2. Manik
3. Mainan kecil cth: lego, kawada, guli
4. Duit Syiling
5. Tersedak susu/makanan

e) Terbakar/Melecur
1. Dapur Gas
2. Mancis/pemetik api
3. Lilin
4. Peralatan elektrik cth sterika, rice cooker, water heater
5. Air panas

f)Kejutan Elektrik
1. Soket/suis di dinding

g) Benda Tajam
1. Pisau/gunting/jarum
2. Bucu meja/kerusi

h) Cedera
1. Tersepit pintu
2. Memasukkan jari ke dalam kipas berpusing
3. Mesin-mesin cth: mesin jahit

i) Gigitan Binatang
1. Binatang peliharaan cth anjing/kucing/dll
2. Binatang berbisa cth lipan, ular, kala jengking


- Pastikan anak-anak sentiasa diawasi oleh orang dewasa.


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.