Tuesday, 9 July 2013

Bermula Rawatan Arif di Wad Pediatrik PPUKM


Lepas dapat rawatan di bahagian kecemasan, sebelum maghrib baru Arif dibawa naik ke wad pediatrik. Sampai je wad tak lama lepas tu darah kena ambil lagi.

Lepas keputusan darah keluar, malam tu juga Doktor bagitahu diaorang 'suspect' Arif kena sawan, tapi belum disahkan.

Esok paginya, Dr. Pakar datang tengok dan tanya kejadian yang berlaku. Saya cerita seperti mana bermulanya episod Arif kena sawan di sini

Dari apa yang saya cerita dengan beberapa soalan dari Dr. dan Pakar,

-Baby umur berapa?
~54 Hari

- Kenapa bawa Arif ke Hospital?
 ~ Susah bernafas,berhenti menangis tiba-tiba, lemah tak aktif dan tak nak menyusu

-Baby ada demam atau tak?
~ Tak ada, dan tak pernah demam selama umurnya.

- Macam mana keadaan Arif masa kejadian dah berapa kali kena macam tu ?
~ dah hampir 5 kali tapi sebelum ni tak alami susah bernafas, dan aktif menyusu walaupun kejang.

- Pernah bawa jumpa mana-mana Pegawai perubatan?
~Tak pernah sebab tak terfikir yang baby kena sawan dan simpton kejang satu badan tu adalah tanda penyakit sawan. Ingatkan normal baby baru lahir biasanya menggeliat.

- Ibu bapa ada yang penghidap atau pernah alami sawan?
~ Ibu pernah kena sawan masa umur 5 tahun 2 kali sebab demam panas, bukan pengidap.

- Ada adik beradik/saudara mara yang alami masalah yang sama atau mengalami masalah kognitif lain cth 'slow learner?'
~ Tak ada

- Ibu/bapa merokok?
~Tak

- Ada tanda lahir di mana-mana bahagian badan baby?
~ Ada

-Pernah terjatuh ataupun tak?
~Tak pernah

Bila laporan darah Arif dah keluar, Dr cakap Arif kena masuk antibiotik sebab sel darah putih agak tinggi. Dijangkakan mungkin ada jangkitan.



27 Jun 2013, Pagi tu nurse datang bagitau Arif nak kena buat ultrasound. Saya siapkan Arif macam biasa, cuma tak pakaikan barut sebab saya fikir lagi senang diaorang nak scan.

Sampai bilik scan, kena tunggu lebih kurang 15 minit, pasal memang ramai orang yang tunggu giliran. Bila sampai giliran Arif diaorang suruh saya letak Arif atas katil, tapi tak suruh buka bajunya. Hairan juga dalam hati, tapi taklah pula tanya.

Saya fikir nak scan di perut, rupanya kepala macam gambar di bawah, nak tergelak pun ada bila fikirkan...
banyak betul benda yang saya tak tahu.



Dr. yang scan cakap kalau scan kepala baby sampai umur 8 bulan je  biasanya boleh, kalau lepas umur tu dah tak nampak, sebab tempurung kepala dah keras.





No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.