Thursday, 11 July 2013

10 cara didik anak Manafaat berpuasa



Mengajar anak kecil berpuasa bukanlah perkara yang mudah, namun sebagai ibu bapa kita tidak boleh sama sekali cepat mengalah jika anak belum mampu berpuasa.

Terangkan kepada anak tentang manafaat berpuasa,

1. Ibubapa adalah model kepada anak - jika anda mahu anak anda berpuasa, sewajibnya anda terlebih dahulu berpuasa dengan sempurna.

2. Bulan ramadan adalah bulan mulia- bila setiap umat islam berusaha untuk beribadat dan kebaikan dan menjauhi perbuatan yang jahat.

3. Puasa menyihatkan tubuh badan- memberi peluang kepada perut dan organ dalaman seperti hati berehat dari memproses makanan.

4. Merapatkan hubungan kekeluargaan - peluang makan bersama ketika berbuka berpuasa.

5. Mengeratkan silaturahim dengan Jiran dan masyarakat-bertukar juadah dan bertemu dengan kawan baru di masjid ketika bertarawikh.

6. Merapatkan hubungan dengan Allah swt - Allah akan lebih menyayangi umatNya yang berpuasa.

7. Merasai kesusahan yang dialami oleh orang miskin yang tidakk mampu membeli makanan yang mewah.

8.Mengajar kita bersabar menahan lapar dan dahaga-menjadikan kita kuat dan tabah.

9. Mengajar kita menghormati sesama sendiri- tidak menunjukkan gambar makanan atau bercerita tentang makanan secara berlebihan serta menjaga lidah dari bercakap kotor.

10. Membentuk umat islam mengamalkan gaya hidup islam yang sebenar seperti yang dituntut oleh hukum- menghormati,merapatkan ukhwah,mengimarahkan masjid, sabar dan tabah dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.